JIKA sebelum ini tular beberapa keping gambar yang didakwa simbolik bagi mengingatkan orang ramai mengenai perkara yang perlu dilakukan bagi mengelak jangkitan Covid-19 untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.

Kini, situasi tersebut benar-benar mampu dilaksanakan dan bukan lagi acah-acah jika semua pihak berdisplin mengikut segala garis panduan dan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

Perkara tersebut dibuktikan oleh Zenuz Production dengan kerjasama Dinas Bridal apabila berjaya meraikan sepasang Raja Sehari Sabtu lepas dalam satu majlis yang disifatkan sebagai Majlis Perkahwinan Pandu Lalu.

Situasi yang dikongsi melalui laman sosial Facebook Zenuz Production melihatkan pasangan pengantin menyambut ketibaan tetamu yang datang menaiki kereta dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman sebelum menghulurkan makanan dan berswafoto.

[VIDEO] Majlis perkahwinan 'drive thru' bukan lagi acah-acah

Turut dimuat naik adalah gambar tabung yang disediakan bagi memudahkan tetamu menghulurkan sumbangan.

Menurut pengasas Zenuz Production, Muhammad Farid Sahar, idea untuk mengadakan majlis dengan konsep pandu lalu seperti mana diguna pakai di restoran makanan segera itu tercetus selepas melihat perkembangan situasi semasa.

Ini merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan drive thru di Malaysia juga masih mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah pihak kami dan pegantin meminta kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah kluang, kami start susun strategi ‘wedding drive-thru’ untuk pertama kalinya di Malaysia.

“Majlis yang bemula 12 tengah hari dan berakhir 3 petang berlangsung sangat meriah. Majlis dihadiri para tetamu dari setiap pelusuk negeri dari rawang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan beberapa negeri lagi,” katanya ketika dihubungi SinarPlus.

Farid juga memanjat syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

[VIDEO] Majlis perkahwinan 'drive thru' bukan lagi acah-acah

Iklan

Tahniah diucapkan terutama buat kedua mempelai Norazura Mohd Ali dan pasangan Aguzz Aguss ahli keluarga kedua mempelai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA dan individu-individu lain yang terlibat secara tidak langsung.

Wow! Menarik idea Majlis Perkahwinan Pandu Lalu ini bukan? Jadi, buat korang yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan ala pandu lalu sebegini korang perlu tahu beberapa perkara penting seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Zenuz Production dan Dinas Bridal.

Iklan

[VIDEO] Majlis perkahwinan 'drive thru' bukan lagi acah-acah

Antara aturcara majlis dan SOP yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

SOP kehadiran tetamu majlis :

  • Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.
  • Cek suhu oleh anggota RELA.
  • Catat nama beserta nombor telefon.
  • Masukkan sumbangan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.
  • Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.
  • Sebuah kenderaan hanya satu minit sahaja masa yang diberikan untuk sesi pandu lalu.

Oh ya, sebelum itu nasihat SinarPlus kepada yang ingin melangsungkan perkahwinan seperti pengantin drive-thru tersebut, dapatkan nasihat pihak berkuasa sebelum melangsungkan majlis ya. Itu sangat penting!