UMUM menyedari 20 Mei 2021, jumlah jangkitan positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 6,806 kes harian tertinggi berbanding rekod semalamnya dengan 6,075 kes.

Negeri Selangor kekal carta teratas dengan 2,277 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (655), Johor (615), Sarawak (608), Kelantan (426) dan sebanyak 417 kes pula di Kedah.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka tambahan terutamanya ketika berada di kawasan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang dilakukan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Menurut beliau, hasil kajian tersebut mendapati pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan topeng muka jenis untuk lapisan kedua (tambahan) membantu mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan.

Dr Noor Hisham menambah, eksperimen itu menekankan betapa pentingnya kekemasan penggunaan pelitup muka bagi meningkatkan keupayaan fungsinya.

Face mask bukan untuk bergaya, Dr Noor Hisham galakkan guna double mask

Berdasarkan ujian makmal CDC tersebut pendedahan kepada aerosol berpotensi menular juga boleh menurun sekitar 95 peratus kesan pelitup muka dipasang dengan ketat.

Baca juga “Bantu kami… frontliners penat, kelesuan. Lakukan 9 perkara asas”- Dr Noor Hisham

Bahkan, beliau turut mengakui akan memakai dua lapis pelitup muka apabila ke hospital.

Iklan

Penjelasan sedemikian, secara tidak langsung menjawab menjawab persoalan orang ramai apabila baru-baru ini gambar Dr Noor Hisham memakai dua pelitup muka tular di laman sosial.

Justeru, korang yang berada di kawasan berisiko tinggi amat digalakkan memakai dua lapis pelitup muka bagi mengurangkan jangkitan.

Pastikan topeng muka dipakai dengan ketat dan kemas.

Bukankah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Iklan

Paling utama, terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali mengganas di negara ini.

Boleh juga dapatkan Medical Face Mask Karangkraf murah dan berkualiti DI SINI.