[VIDEO] Seram! Pukul 3 pagi kaktus viral, berjoget sendiri

A
A
A

PERKARA seperti diganggu makhluk halus kadang-kadang boleh membuatkan kita meremang bulu roma dan berasa seram.

Namun, percaya atau tidak, sesungguhnya di muka bumi ini juga ada makhluk lain yang tidak dapat

dilihat dengan mata kasar.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok berkongsi klip video detik seram dialami

Gadis dikenali sebagai Mysaralyaa itu mendakwa tidurnya diganggu apabila pada pukul 3 pagi mainan kaktus yang sedang virus pada masa kini tiba-tiba berjoget dan berbunyi.

Keadaan dikatakan lebih menyeramkan apabila kaktus itu terus ligat berjoget dan berbunyi, walhal suis sudah ditutup.

Tulisnya: "Terlelap tido (tidur) lepas itu bunyi, dah off tapi kenape bunyi seram, 3 pagi kut?."

Katanya lagi, beliau terjaga gara-gara terdengar bunyi bising mainan tersebut.

[VIDEO] Seram! Pukul 3 pagi kaktus viral, berjoget sendiri

Rata-rata pengikutnya bersetuju bahawa mainan atau barang sebegitu sememangnya sinonim dengan kejadian sedemikian.

Bahkan, majoriti mengakui antara sebab itu mereka membatalkan niat untuk membelinya.

Kongsi warga maya:

- "Aku tak tahulah, aku seorang sahaja kot yang takut tengok benda ni. Nampak cam menakutkan."

- "Dari mula-mula tengok benda ni viral lagi dah tak berminat sebab tau mesti akan ada jadi yang macam ni."

Baca juga Covid-19: Penyelidik kaji kesan otak pada bekas pesakit. Penemuan mereka sangat mengejutkan…

- "Bini aku dah beli, kalau kena kat aku siaplah patah leher!."

- "Takot... malam-malam dia mengilai..."

- "Ala... baru plan nak beli. Bila tengok macam ni tak jadilah belinya."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca