IKAN emas antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia yang boleh dianggap sebagai penyeri di ruang rumah.

Ia datang dalam pelbagai bentuk, saiz, sirip gaya, konfigurasi tetapan mata dan juga warna. Kebanyakan ikan emas yang korang lihat di kedai datang daripada komersial penternak, biasanya terletak di Thailand, Jepun, China atau Indonesia.

Ikan emas juga dikatakan mudah dibela dan jinak. Maka tidak hairanlah mengapa ia sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan oleh kebanyakan orang.

Namun, bukan sejarah atau asal usul ikan emas yang SinarPlus ingin kongsikan. Selain cantik, mudah dibela dan jinak, korang tahu tak ikan comel ini boleh main bola?

Ya! Perkara tersebut telah dibuktikan apabila beberapa hari lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @AnimalsWorld yang mana terdapat sekumpulan ikan emas ditempatkan dalam sebuah akuarium lain daripada kebiasaan.

[VIDEO] Serius comel! ikan emas pun pandai main bola, siap buat jaringan gol

Menerusi Tweet berkenaan, akuarium terbabit telah dihiasi dengan tema bola sepak lengkap dengan gawang gol.

Apa yang menarik dan mengujakan, ikan-ikan tersebut telah diberikan sebiji bola untuk mereka bermain.

Turut menjadi perhatian apabila ikan-ikan berkenaan berjaya menjaringkan bola yang dicampakkan ke dalam akurium terbabit seolah-olah haiwan itu telah dilatih untuk bermain bola.

Iklan

Ala-ala macam bola dalam air. Serius comel!

Kebanyakkan warganet berasa kagum dengan kemampuan haiwan tersebut meskipun mereka hanyalah sejenis ikan biasa yang sering dibela.

Iklan

Kalau korang ada bela ikan emas di rumah boleh la cuba campakkan sebiji bola dan jaring gol. Mana tau ikan korang juga mampu membuat beberapa jaringan.

Boleh wujudkan sukan bola sepak ikan emas pula lepas ni. Wow menarik tu!

Posting yang dimuat naik menerusi akaun tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 3.8 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.