JIKA sebut sahaja TikTok korang pasti sudah terbayang video lucu dan kreatif yang dihasilkan.

Tidak kurang juga ada menghasilkan video bagi menyahut beberapa cabaran (Challenge) yang dibuat mengikut ‘musim’.

Ramai juga yang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur.

Namun sebenarnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, perniagaan, travel, tip kehidupan, gaya hidup, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Buktinya, seorang gadis baru-baru ini dilihat berjaya menghasilkan video kreatif dan luar biasa apabila dia bertukar menjadi anime yang mendapat perhatian warganet apabila video tersebut dikongsikan semula menerusi laman Twitter. Memang kreatif betul gadis ini!

Lihat sahaja bagaimana transisi daripada gadis di dunia nyata berubah kepada anime yang dihasilkannya.

Tidak dinafikan memang nampak sungguh menjadi dan luar daripada kebiasaan!

Berikut adalah video TikTok gadis tersebut bertukar anime yang dikongsikannya semula menerusi laman Twitter @zatisyazwina:

Iklan

Macam mana? Berapa bintang boleh bagi? Siapa kata buat video TikTok kena joget-joget gelek-gelek depan kamera? Contoh dah ada.

Lebih menarik, gadis tersebut juga tidak lokek kongsikan ilmu bagaimana cara dia menghasilkan video kreatif berdurasi kurang daripada 30 saat itu yang telah meraih lebih 178 ribu tontonan dan 8,100 retweets serta 16,800 likes.

Iklan

Jom kita layan cara dia menghasilkan video tersebut :

Jadi, tepuk dada tanya selera!