BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah video berdurasi 23 saat memaparkan dua ekor haiwan reptilia dinasour yang sedang berada di atas lori.

Kenderaan itu membawa haiwan prasejarah yang dikenali sebagai T-Rex itu ke The Top Komtar dan ditempatkan di lokasi tarikan terbaharu di Pulau Pinang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Difahamkan kelibat dua ekor T-Rex itu mengejutkan pengguna jalan raya, ramai yang menjenguk keluar dari tingkap kereta masing-masing untuk menyaksikan haiwan berkenaan lebih dekat.

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila dinasour itu kelihatan sangat mesra ketika dalam perjalanan di atas Jambatan Pulau Pinang.

Ujar mereka;

“Sembang apa la agaknya ya, rancak bebenor… suka dapat naik lori agaknya tu.”

“Dok diam-diam dahla atas lori tu. Dok lawan berganyang tu nti tebuka pintu belakang lori dah kembali pupus.”

dinasour
Gambar hiasan. Sumber internet.

“seronok eh bercinta atas lori. Tak ada siapa nk marah… kemain eh!”

“Ni klu anak-anak tengok ni mau dia paksa suruh kejar lori tu.”

“Ngejek kat keta belakang leteeww dia boleh naik lori. Tu yang nyanyi-nyanyi sampai terjeler tu.”

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, menurut Pengarah Operasi Top@Komtar, Kevin Lai, dinosaur berkenaan merupakan gimik promosi organisasinya.

Baca juga Tiada istilah ‘payung emas’ untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Iklan

Pihaknya membawa dinosaur menaiki lori bagi mempromosikan tarikan di The Top sekitar pukul 11 pagi Isnin (31 Januari).

Iklan

Katanya, ia bertujuan untuk menularkan gambar atau video dinosaur tersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang.