[VIDEO]Produa Axia lawan arus nekad balik kampung sambut Deepavali. Ini yang terjadi

[VIDEO]Produa Axia lawan arus nekad balik kampung sambut Deepavali. Ini yang terjadi
[VIDEO]Produa Axia lawan arus nekad balik kampung sambut Deepavali. Ini yang terjadi
A
A
A

KATA orang, seseorang akan bertindak di luar kawalan jika tahap keinginan hati mengatasi segalanya.

Begitulah yang terjadi di Perak semalam. Satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di laporkan di Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor.

Kemalangan itu dilaporkan berpunca daripada sebuah kereta Produa Axia dengan tiba-tiba memandu melawan arus kerana mengelak sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.

Ini yang terjadi sebenarnya;

1. T Yugeswaran, 34, memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali.

2. Elak sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai.

3. Melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara.

4. Sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.

5. Kebetulan sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu.

6. Ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan.

7. Pemandu Perodua Axia itu telah ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi, korang berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah, pandu dengan cermat jiwa pun selamat.

Baca juga Terganggu 2 jam, sekarang dah okay, ini penjelasan YouTube

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca