Wah! Boleh jual minyak masak terpakai RM3 sekilogram di Petronas, 7 info menarik mak-mak perlu tahu

A
A
A

MINYAK masak salah satu bahan masakan penting di dapur. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita, kebanyakan makanan digoreng.

Tak elok menggunakan minyak masak lebih daripada tiga kali kerana ia boleh menimbulkan pelbagai risiko kesihatan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Selain dikitar semula dalam pembuatan sabun homemade, tahukah anda sisa minyak masak terpakai kini boleh dijual di stesen minyak Petronas yang terpilih?

Berikut tujuh info berkaitan kempen menarik ini dan langkah yang perlu anda lakukan:

1-Rakyat Malaysia disaran mengumpul minyak masak terpakai dan bawa ke stesen-stesen minyak terpilih Petronas untuk dijual.

2-Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Azrul Osman Rani, setiap penjualan akan dibayar menggunakan mata kredit yang dimasukkan menerusi aplikasi SETEL.

3-Menurut Azrul, dianggarkan 95 peratus daripada rumah di Malaysia masih belum mengamalkan kitar semula minyak masak terpakai.

4-Dengan inisiatif ini, pihaknya berharap lebih ramai rakyat Malaysia tahu bahawa minyak masak terpakai sebenarnya berharga di Petronas di tiga buah stesen sedia ada.

5-Pembelian minyak masak terpakai akan dibayar dengan kredit RM3 sekilogram dalam aplikasi SETEL dan boleh ditebus di mana-mana Stesen Petronas dan Kedai Mesra.

6-Difahamkan, sejak dua minggu lalu, melalui inisiatif itu sebanyak 11.5 tan metrik sisa berkenaan telah berjaya dikumpul.

7-Setakat ini, tiga stesen Petronas terlibat iaitu di Stesen Petronas 1, Presint 9, Putrajaya; Stesen Petronas Subang Bestari dan Stesen Petronas Kota Kemuning 1, Shah Alam, Selangor.

Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

RISIKO MENGGUNAKAN MINYAK MASAK LEBIH TIGA KALI 

Menggunakan minyak masak lebih daripada tiga kali memberikan kesan buruk dan bahaya kepada kesihatan. Berikut risiko tinggi bakal dihadapi:

1. Risiko kanser

2. Penyakit jantung

3. Kolesterol meningkat

4. Hasil radikal bebas menyebabkan radang

5. Pembentukan lemak-trans

6. Penyakit Alzheimer dan Parkinson

7. Salur darah tersumbat (atherosclerosis)

Baca juga: Jangan guna minyak masak berulang kali, memudaratkan jantung. Berikut tip pilih minyak yang betul

Sumber: Berita RTM, Bernama, Public Health Malaysia

Kredit foto utama: Unsplash 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca