Walk-a-Million-Miles Nestle Omega Plus teruskan misi bantu biaya kos rawatan pesakit jantung

ACARA maya Walk-a-Million-Miles 2021 Nestle Omega Plus berjaya mencipta rekod baharu dengan lebih 1.18 juta batu dicatatkan sempena tahun ke-2 penganjurannya.

Secara tepat, acara maya sempena Bulan Jantung Sedunia itu berjaya merekodkan sebanyak 1,176,666 batu dengan penyertaan seramai 12,988 rakyat dari seluruh negara.

Kejayaan itu memberikan kegembiraan buat pesakit jantung apabila sejumlah RM100,000 disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Iklan
Iklan

Itu antara janji Nestle Omega Plus kepada rakan kerjasamanya demi membantu menyalurkan sumbangan dan sokongan kepada pesakit jantung yang memerlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols turut berbangga dengan pencapaian misi tahun ini.

“Memandangkan YJM dan Yayasan IJN sudah sekian lama menjadi rakan kerjasama kesihatan jantung, kami berbesar hati untuk menyokong mereka.

“Pada masa sama, kami juga menghargai sokongan padu semua peserta kerana merekalah pendorong kepada misi satu juta kami sekali gus membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut seorang pesakit jantung IJN, K Sokalingam, inisiatif seperti Walk-a-Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Saya tidak mampu untuk membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa Nestle Omega Plus akan membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan, saya amat bersyukur.

“Justeru, saya menyokong acara Walk-a-Million-Miles diteruskan dan berjanji untuk menyumbang semampunya demi membolehkan insan lain memerlukan dibantu,” katanya.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

1 hour ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

2 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

3 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

18 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

18 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

19 hours ago