Wanita maut ditikam berkali-kali hingga kena jantung rupanya angkara cemburu, ini kronologi kejadian

TRAGIS! Seorang wanita maut apabila ditikam berkali-kali pada bahagian hadapan dan belakang badan sehingga menembusi jantungnya dalam satu kejadian dekat Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang, Selangor petang kelmarin.

Wanita malang warga tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai ditikam oleh seorang lelaki menggunakan sebilah pisau sebelum dibawa masuk ke tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Chevrolet berwarna perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, wanita berkenaan merupakan seorang penyanyi tempatan berbangsa Cina, Xu Jia Ling.

Hasil siasatan mendapati, wanita itu ditikam lelaki yang mengejar cintanya sejak dua tahun lalu.

Kejadian tragis itu juga berlaku dipercayai cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelakinya di media sosial Ahad lalu.

Menurut portal tempatan berikut kronologi kejadian;

1. Kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka selesai makan tengah hari.

Baca juga Kematian tragis Zaharif, diseret hampir 5 meter angkara sikap panas baran. Ini kronologi meruntun hati

4 ‘kes tikam’ yang dilaporkan berlaku di Malaysia melibatkan ahli keluarga sendiri

 

2. Suspek membawa pulang mayat mangsa ke rumahnya dan cuba menyedarkan mangsa namun tidak berjaya.

3. Pada 4.20 petang, suspek berjaya ditangkap sepasukan polis Cawangan D9, IPD Klang Selatan. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpangan hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir.

Iklan

4. Polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga Kejam! Rakan kongsi tak puas hati agihan untung bisnes, wanita warga emas maut dilanggar, ditikam 15 kali, ini kronologinya 

5. Hasil bedah siasat juga didapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan mangsa.

6. Suspek kemudian bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan menikam bahagian badan menggunakan pisau yang sama terhadap mangsa.

Iklan

Sumber: mstar, China Press

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!