Kejam! Rakan kongsi tak puas hati agihan untung bisnes, wanita warga emas maut dilanggar, ditikam 15 kali, ini kronologinya

A
A
A

MISTERI mayat wanita warga emas ditemukan di dalam longkang berdekatan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada awal pagi 1 November akhirnya terjawab apabila ia dipercayai hasil perbuatan kejam rakan kongsi perniagaan.

Siapa sangka kes sekejam ini berlaku di Malaysia dan pelakunya pula orang yang dikenali mangsa.

Tidak hanya dilanggar, lebih menyayatkan hati, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan mengesahkan mayat wanita berkenaan ditemukan dengan 15 kesan tikaman!

Berikut kronologi kejadian yang meruntun hati:

1- Mayat wanita berkenaan ditemukan di dalam longkang berdekatan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu dipercayai dilanggar oleh seorang suspek di lokasi kejadian yang kemudiannya bertindak melarikan diri.

2-Seorang saksi iaitu pengawal keselamatan yang berada di kawasan berhampiran terdengar suara wanita menjerit meminta tolong.

3-Tidak berapa lama kemudian, saksi ternampak kelibat seorang wanita di tepi jalan dan dilanggar sebuah kereta sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Baca juga: Wanita maut ditikam 8 kali bekas tunang kerana ikatan putus, ini kronologi

Gambar hiasan (Ilustrasi SinarPlus by Midjourney)

4-Individu yang memandu kereta itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan lain.

5-Saksi yang menghampiri kawasan longkang berkenaan melihat mangsa dalam keadaan tertiarap.

6-Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah Honda Jazz yang mempunyai kesan kemalangan turut berada berhampiran lokasi penemuan mayat itu.

7-Hasil siasatan lanjut polis mendapati mangsa disahkan dibunuh oleh rakannya pada jam 4.35 pagi.

8-Mangsa berusia 65 tahun dibunuh oleh rakannya sendiri yang juga rakan kongsi perniagaan, berusia 35 tahun. Kedua-duanya berasal dari Terengganu.

9-Suspek bekerja sebagai tukang jahit manakala mangsa seorang pesara kerajaan dan mengusahakan perniagaan baju di Kuala Berang sejak beberapa tahun lalu.

10-Sebelum kejadian, mangsa dan suspek bertemu dan berbincang mengenai hal keuntungan perniagaan baju dan tudung yang diusahakan mereka di suatu tempat.

11-Akibat tidak berpuas hati dengan hasil perniagaan dan agihan keuntungan, mangsa dan suspek bertengkar. Pertengkaran di antara kedua-dua suspek berlarutan sehingga di dalam kereta.

Baca juga: Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

Kredit foto: Tangkap layar Buletin TV3

12-Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa turun dari kereta dan suspek bertindak melanggar mangsa sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang dan kereta yang dipandu suspek terbabas di tepi jalan.

13-Suspek kemudiannya keluar dari kereta dengan memegang bersama senjata tajam bertindak menikam mangsa sebanyak 15 kali sehingga maut sebelum melarikan diri.

14-Susulan itu, polis menahan suspek di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11 pagi.

15-Polis menemui senjata digunakan suspek iaitu sebilah pisau yang dibuang berhampiran rumah.

16-Kes disisat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

17-Jenazah mangsa telahpun dikebumikan kampung halamannya di Kerteh, Chukai, Terengganu pada 12.15 tengah malam selepas proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

18-Suspek, 35, dan suaminya, 37, yang bekerja sebagai mekanik, direman 7 hari bermula hari ini sehingga 8 November di Mahkamah Majistret Marang, bagi membantu sisatan.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa, al-Fatihah.

Baca juga: Dengki, busuk hati, rupanya kedai pernah dibakar sebelum peniaga roti nan disimbah asid, berikut kronologi kejadian

Sumber: Buletin TV3

Kredit foto utama: Tangkap layar Buletin TV3,  Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca