SUNWAY Velocity Mall hari ini melancarkan inisiatif  “Priority Customer” (Pelanggan Prioriti)  yang menyasarkan warga emas, wanita hamil dan orang kurang upaya, seiring dengan inisiatif “Your Safe Space, Our Safe Space” (Ruang Selamat Anda, Ruang Selamat Kita).

Pengurus Besarnya, Phang Sau Lian berkata, pusat beli-belah itu adalah yang pertama melancarkan inisiatif sedemikian bagi memudahkan pelanggan daripada kategori tersebut membeli-belah di lebih 400 outlet yang menyertai.

“Kempen ini bertujuan menyediakan ruang yang selamat bagi golongan terbabit yang merupakan kelompok berisiko tinggi ketika membeli-belah barangan keperluan di Sunway Velocity Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, pelanggan yang tergolong dalam kategori itu diperuntukkan waktu khas bermula 12 tengah hari hingga 6 petang setiap hari untuk membeli-belah di kompleks beli-belah tersebut.

Katanya mereka hanya perlu mendaftar dalam talian antara 11 pagi dan 3 petang sehari sebelum berkunjung ke pusat beli-belah itu.

Iklan

Ketika datang keesokannya, mereka boleh mengambil gelang tangan “Priority Customer” di kaunter Khidmat Pelanggan di aras bawah pusat beli-belah itu sebelum meneruskan dengan aktiviti membeli-belah mereka.

Iklan

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif “Priority Customer”, orang ramai boleh layari  www.sunwayvelocitymall.com/priority-customer atau hubungi talian 03-2786 3970, sementara usaha Sunway Velocity Mall dalam memastikan persekitaran yang selamat bagi pelanggan dan peniaga boleh disemak menerusi  https://www.sunwayvelocitymall.com/about-us/newnormal/