MUNGKIN ramai yang masih belum tahu terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, antaranya Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Ia lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenal Program Rumah Selangorku (RSKU).

Projek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP hanya untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Rumah kos rendah yang ditawarkan pada harga bermula RM70,000 bagi kawasan daerah dan RM90,000 untuk kawasan bandar.

Bagi kategori rumah kos sederhana pula, ia ditawarkan bermula RM150,000 untuk kawasan daerah dan RM180,000 bagi kawasan bandar.

Rumah mampu milik pula dijual pada harga RM250,000 ke bawah.

Harga Rumah Perakku

Rumah Kos Rendah

Zon A – RM90,000 ke bawah
Zon B – RM70,000 ke bawah

Rumah Kos Sederhana

Zon A – RM90,001 – RM180,000
Zon B – RM70,001 – RM140,000

Rumah Perakku Mesra Milik

Zon A – RM180,001 – RM250,000
Zon B – RM140,001 – RM240,000

Iklan

Warga Perak rebut peluang mohon rumah mampu milik serendah RM70,000

Syarat pendaftaran;

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah).
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000).
  • Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000.

Untuk makluman dan peringatan, setiap permohonan perlu dikemaskini setiap dua tahun sekali, jika korang gagal mengemaskini permohonan akan ditolak atau tidak dipanggil temu duga jika terpilih.

Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temu duga nanti.

Iklan

Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai mengunakan komputer bukan telefon pintar.

Cara-cara pendaftaran;

Semoga bermanfaat!

Sumber: eCentral