MALAYSIA Airlines pernah menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia namun kini berdepan beban hutang kerana tidak mendapat keuntungan setelah diswastakan sejak tahun 2014.

Portal tempatan melaporkan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih berjalan ketika ini.

Malah, Khazanah bersedia menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan yang diperlukan negara.

Difahamkan, ia merupakan pilihan terakhir untuk dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan itu sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak mencapai penyelesaian yang baik bagi memulihkan Malaysia Airlines.

Artikel berkaitan: Covid-19 : Pemilik darah O jika dijangkiti mungkin tidak kritikal – Kajian

Sehubungan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengatakan ia merupakan syarikat penerbangan terbaik dan kesukaan ramai serta mahu kerajaan kekal pertahankannya.

Iklan

Malah, netizen juga berkongsi kenangan manis bersama syarikat penerbangan kebanggaan rakyat Malaysia.

Iklan

Kata mereka;

Paling jauh pernah fly dengan Bussiness class naik MAS ke Aucland… Bestnya adalah tak payah request menu halal… Tak payah nak cakap omputih. Selesa sangat, kalau betul jadi… MAS dalam kenangan lah.

Moga MAS jadi syarikat penerbangan yang gah kembali, Malaysia Airlines adalah satu khazanah negara yang perlu dikekalkan dan ianya adalah kebanggaan rakyat Malaysia. Doa yang terbaik untuk MAS.

MAS adalah harta warisan khazanah negara yang mana adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memperbaikinya dan mempertahankannya. Dengan erti kata lain memperhalusi organisasi dan sistem kewangan mereka. Mana boleh kita hilang Identiti ini. Semoga MAS kekal.

Malaysia Airlines masih ada peluang. Jika management betul. Khazanah boleh usaha cara Jepun selamatkan Japan Airlines.

MAS Airlines yang penuh jasa, menjulang nama ke serata dunia, kami sebagai Rakyat Malaysia, masih ingin memerlukan perkhidmatannya, moga Khazanah, dan pihak MAS Airlines memikir cara, untuk mengembalikan dan meneguhkan kembali.

Best moment bila dapat makan kacang #MAS yang sedap tu sebelum jejak kaki kat tanah air. Selalu mintak lebih. Semoga #MAS kembali pulih seperti sedia kala.