BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air.

Fiza, 40, yang juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London. Beliau, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri.

Fiza atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross. Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusannya.

Baca juga: Perginya Salmi Manja, bekas wartawan wanita generasi pertama Malaysia, negara kehilangan karyawan ulung

Baca juga: Tingkatkan kesedaran kanser payudara. Saringan awal bantu kurangkan risiko, tingkat peluang sembuh

Baca juga: Dinobat Lelaki Terbaik 2023 majalah GQ, 7 info wartawan foto Palestin Motaz Azaiza

Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif tersebut dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada suami Fiza iaitu Mohd Roshdi.

Iklan

“WHAM mengambil kesempatan ini dengan mengalu-alukan semua pihak bagi membantu sahabat kita ini yang sedang memerlukan. Biarpun sedikit tetapi ia sungguh bermakna dan dihargai.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan rakan artis dan mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan Fiza sepanjang kerjaya mereka.

“Memandangkan kita belum tahu berapa lama lagi Fiza perlu mendapatkan rawatan di sana dan bilakah dia akan dibawa pulang ke Malaysia, sudah pasti keluarganya memerlukan bantuan dan sokongan kewangan.

“WHAM merakamkan jutaan terima kasih dan semoga urusan Fiza dipermudahkan di sana. Semoga doa kita untuk kesembuhan sahabat kita itu dimakbulkan,” katanya.

Iklan

Orang ramai yang ingin menitipkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 5620 2169 1966 atas nama Mohammad Sudirman (Penolong Setiausaha WHAM).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!