Waspada! Hujan lebat, ribut petir diramal landa seluruh negara hingga Ahad ini

SANA-SINI kini membicarakan soal cuaca panas yang membahang.

Peningkatan suhu persekitaran dan gelombang haba yang sedang dihadapi pada masa kini kian membimbangkan dan mengancam kehidupan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini memaklumkan cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos depan susulan musim Peralihan Monsun.

Pun begitu, hari ini MetMalaysia turut meramalkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara, mulai hari ini hingga Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia, berikut info berkenaan;

1. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah Timur sehingga jam 1 tengah hari tadi.

2. Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

3. Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di ibu negara, satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Perlis serta Kelantan.

Baca juga Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu wanita tahu

4. Ribut petir juga diramalkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, manakala hujan dijangka di kebanyakan tempat di Perak.

5. Pada waktu malam nanti, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta Sabah (Pedalaman dan Labuan).

6. Selain itu, hujan diramal di kebanyakan tempat di Perak, satu dua tempat di Selangor, ibu kota, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Kapit, Bintulu dan Miri) serta Sabah (Pantai Barat).

7. Hujan dan ribut petir juga diramalkan di kebanyakan tempat di seluruh negara pada Sabtu dan Ahad.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca, boleh layari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my.

INFO

Iklan

Langkah berjaga-jaga dan keselamatan semasa berada di dalam rumah bagi mengelakkan bahaya petir;

  • Elakkan penggunaan air semasa ribut petir.
  • Elak guna peralatan elektronik daripada semua jenis.
  • Elakkan penggunaan telefon bimbit.
  • Elakkan berada dekat dengan lantai dan dinding konkrit.

Serangan kilat mungkin jarang berlaku, tetapi ia masih berlaku di luar sana dan risiko kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.

Baca juga [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut

Oleh itu, jangan ambil ringan akan bahayanya, patuhilah langkah pencegahan ribut petir dengan serius.

Justeru, sekiranya petir berlaku semasa kita berada di luar bangunan, cepat-cepatlah kita mencari kawasan perlindungan yang tertutup seperti bangunan dan kereta sebagai tempat perteduhan sementara.

Iklan
  1. Elakan mencari perlindungan di bawah pokok dan kawasan yang berhampiran dengan tempat aliran cas seperti tiang elektrik dan telefon.
  2. Selain daripada kawasan tersebut, kawasan kolam dan kawasan yang mempunyai objek besi juga mesti dielakkan.
  3. Jika kita berada di dalam rumah, diingatkan agar tidak menggunakan alatan elektrik dan telefon bimbit yang sedang dicas terutamanya semasa petir.
  4. Bertindaklah dengan mencabut plug alatan elektrik anda dengan segera sekiranya tanda-tanda petir akan berlaku.
  5. Jika petir sudah berlaku, terdapat risiko pula semasa menarik alatan tersebut.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada untuk mencegah sebarang kemungkinan perkara buruk daripada berlaku.

Jadi berwaspadalah kita semua pada waktu-waktu berkenaan. Raya, raya juga keselamatan kena utamakan ya!

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.