SEMUA orang mahukan jantung yang sihat namun sejauh mana kita mengetahui organ penting itu berfungsi dengan baik dalam badan kita?

Ya, jika ingin tahu keadaannya, anda perlu kerap melakukan pemeriksaan dengan doktor atau pakar kardiologi.

Ini ciri-ciri jantung normal dan sihat yang anda perlu tahu. Sila periksa perkara ini setiap hari;

  • Degupan jantung – 60 ke 100 degupan per minit
  • Tekanan darah – 120/80 mm Hg dan ke bawah
  • Kadar pernafasan – Mampu melakukan aktiviti seharian tanpa ada masalah pernafasan
  • Tahap tenaga badan – Mampu melakukan aktiviti seharian tanpa rasa penat berlebihan

Sekiranya ciri-ciri tersebut tidak menepati diri anda, rujuk 12 tanda sakit jantung ini agar anda lebih bersedia.

12 tanda sakit jantung yang anda perlu tahu;

1. Rasa sakit di bahagian dada

Merupakan gejala paling umum, anda mungkin akan rasa sakit atau tidak selesa pada dada.

Ini mungkin adalah akibat arteri yang tersumbat atau wujud masalah lain pada organ jantung.

Walaupun rasa tersebut bertahan beberapa saat atau minit, ia harus dibawa dan diperiksa oleh doktor dengan segera!

2. Rasa sakit di bahagian perut

Turun sedikit daripada dada, perut anda juga mungkin menerima kesan serupa. Masalah seperti loya, ketidakhadaman atau pedih ulu hati boleh berlaku gara-gara masalah pada organ ini.

Sekiranya anda kerap muntah-muntah tanpa keracunan makanan, ia mungkin antara petanda awal serangan jantung!

3. Kepala rasa ringan atau pening

Kadangkala, ia cuma disebabkan tidak cukup makan atau berdiri dengan cepat. Tetapi, ia juga mungkin akibat tekanan darah yang menurun mendadak akibat kegagalan organ jantung mengepam darah.

Baca juga Sakit tengah dada waktu pagi jangan ambil mudah, 15 tanda serangan jantung wanita perlu tahu

Kredit foto: Freepik

 

4. Batuk yang tidak berhenti

Dalam kebanyakan kes, ia mungkin bukan antara 12 tanda sakit jantung. Namun jika batuk itu keluar bersama mukus berwarna putih atau merah jambu, ia adalah angkara jantung gagal mengepam darah.

5. Anggota badan mula membengkak

Anggota badan terutama kaki dan tangan mungkin akan membengkak apabila jantung tidak mengepam darah pada kadar yang ideal, sekali gus boleh mengakibatkan pengumpulan darah di saluran darah.

Dalam pada itu, kegagalan organ ini juga akan menjejaskan organ lain seperti buah pinggang. Kesannya, sukar untuk tubuh badan mengeluarkan lebihan sodium dan air lalu menyebabkan pembengkakan.

6. Berpeluh, petanda masalah jantung

Berpeluh dingin atau sejuk tanpa sebarang sebab yang kukuh adalah petanda masalah jantung. Sekiranya ini berlaku bersama dengan gejala-gejala yang lain, segera dapatkan konsultasi daripada doktor.

7. Berdengkur

Berdengkur itu mungkin normal terutama jika anda memang ada masalah pada sistem pernafasan. Pun begitu, ia juga adalah akibat apnea tidur gara-gara terdapat sedikit masalah pada organ jantung anda.

Baca juga Degupan jantung tiba-tiba laju, mungkin 4 keadaan ini punca. Bahaya!

8. Mudah rasa penat, letih serta lesu

Jika anda sangat mudah rasa penat hanya dengan sedikit aktiviti fizikal ringan atau sederhana, adalah penting untuk anda memeriksa jika terdapat sebarang isu yang berkaitan dengan jantung anda.

Kadangkala, gejala seperti ini yang dapat membantu para doktor mengenal pasti simptom sakit jantung berbanding dengan rasa sakit atau tidak selesa pada dada anda.

Iklan

9. Kelainan pada struktur dan warna kulit

Bukan penyakit diabetes sahaja yang akan mengubah kulit, masalah jantung juga boleh membawa kesan sama. Akibat kadar trigliserida yang terlampau tinggi, ia akan menyebabkan kelainan pada kulit.

Aspek struktur dan warna kulit mungkin akan mengalami breakout, lebih-lebih lagi di bahagian jari-jari tangan dan kaki.

10. Gusi berdarah

Walaupun seperti tidak ada kaitan, kajian mengatakan gusi yang berdarah, bengkak dan sakit juga merupakan gejala sakit jantung.

Satu teori menyatakan bahawa bakteria daripada gusi itu akan masuk ke dalam salur darah dan menyebabkan radang pada organ ini. Sebaiknya, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.

Baca juga Warna kuku ada petanda penyakit, 9 kategori kena berjaga-jaga

Suka simpan kuku panjang, ini bahayanya!
Gambar fail.

11. Kuku bertompok

Jika anda tidak mengalami kecederaan pada kuku tangan dan kaki, tompokan kecil itu mungkin petanda penyakit lain.

Dikenali sebagai endokarditis, tompokan kecil seperti warna darah ini mungkin petanda keradangan pada dinding atau injap jantung. Sebaiknya, jangan ambil mudah dengan perubahan yang kecil ini.

Iklan

12. Tercekik

Kerap rasa seperti tercekik akibat daripada masalah pada sistem atau fungsi jantung, lantas boleh tercetusnya serangan organ ini.

Masalah yang dinamakan sebagai angina ini juga tidak boleh dipandang ringan dan harus dibawa ke pakar segera!

Jika anda ada mengalami sebarang tanda di atas, sila dapatkan konsultasi daripada pakar.

Baca juga Sakit dada sering dikaitkan dengan serangan jantung, tapi ini 10 sebab lain masalah itu mungkin terjadi

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.