Degupan jantung tiba-tiba laju, mungkin 4 keadaan ini punca. Bahaya!

PERNAHKAH kalian mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal sedang duduk-duduk rehat je.

Jika perkara itu terjadi buat sementara, ia mungkin tidak merbahayakan.

Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, terpaksalah segera berjumpa dengan doktor.

Menurut Pengamal Perubatan Am yang juga Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, terdapat pelbagai puncanya. Salah satunya keadaan yang dikenali sebagai aritmia berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.

Namun, terdapat empat lagi keadaan menunjukkan masalah itu berbahaya;

1. Jantung berdebar disebabkan penyakit sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung.

Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung.

Ini menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik sekali gus jantung jadi berdebar tanpa sebab.

2. Aritmia selepas pembedahan jantung

Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.

3. Perubahan pada otot jantung.

Jika kita pernah mengalami serangan sakit jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.

Baca juga Menangis pun banyak manfaatnya! Jika bekurangan, mata akan kering, berpotensi dapat masalah kesihatan lain

Iklan
Kredit foto: Engin Akyurt, https://www.pexels.com/photo/woman-holding-heart-cut-out-1820509/

4. Aritmia jantung disebabkan ketidakseimbangan mineral.

Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung.

Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.

Baca juga Air kencing warna merah selepas makan buah naga, bahaya ke? Ini penjelasan doktor

Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada.

Iklan

Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sakit jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.