Waspada! Risiko jerebu dijangka bermula Sabtu ini, taburan hujan rendah

Utara Semenanjung diramal alami jerebu hingga 29 Januari, banyakkan minum air
Utara Semenanjung diramal alami jerebu hingga 29 Januari, banyakkan minum air
A
A
A

MOHON lebih waspada, negara dijangka akan dilanda Monsun Barat Daya bermula Sabtu ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September.

Angin Monsun Barat Daya bertiup dari arah barat daya menuju ke arah timur laut. Biasanya berlaku dari bulan Mei hingga September setiap tahun.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, semasa Monsun Barat Daya akan berlaku;

1. Angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

2. Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.

3. Hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

4. Ketika tempoh ini, fenomena jerebu juga boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober.

Baca juga Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa

Justeru itu, Muhammad Helmi menasihati orang ramai agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.

Selain itu, orang ramai juga perlu mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hubungi hotline Jabatan Meteorologi Malaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca