BERHATI-HATI! Anda perlu peka terhadap aktiviti pencerobohan data atau dikenali ‘phishing’ ini.

Pencerohan ini terus menjadi ancaman kepada aktiviti dalam talian di media sosial terutamanya Facebook dan Instagram.

Sekiranya terkena, korang akan mengalami banyak kerugian. Selain menjadi mangsa pencurian data, mungkin juga sebagai mangsa penipuan.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengguna Instagram akan menerima Direct Messenger (DM) akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai Official Instagram atau Facebook.

Waspada teknik 'phishing' terkini dengan mengambil alih akaun media sosial

Nasihat PDRM yang perlu ambil tahu adalah;

Iklan

1. Jangan respon kepada link yang diberi. Ia akan meminta memasukkan butiran maklumat login akaun Instagram anda iaitu Username dan Password. Kemudian, meminta untuk memasukkan butiran login Email Address dan Password.

2. Ini adalah suatu bentuk Phishing terhadap maklumat login akaun sosial media yang mensasarkan pengguna Instagram yang kurang celik IT melalui skrip pemerdayaan yang kononnya dari pihak Facebook atau Instagram.

Iklan

3. Setelah pengguna hantarkan maklumat login details, penggodam akan memperolehi maklumat tersebut dan menggunakannya untuk mengambil alih akaun.

Sumber: Facebook Rasmi Cyber Crime Alert PDRM, Facebook Rasmi PDRM & SEBENARNYA.MY