Waze buat hal, pemuda sesat 6 jam di Kedah ditemui menangis kebingungan. Berikut 4 tip cara guna elak laluan 'merepek'

A
A
A

BARU-baru ini tular di laman sosial pengguna aplikasi navigasi Waze yang terpaksa menempuhi perjalanan sukar hingga mengakibatkan beliau sesat selama enam jam! Kejadian di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah itu benar-benar menarik perhatian warganet.

Pemuda berusia 32 tahun itu dikatakan baru sahaja beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang tidak terus pulang ke Pulau Pinang, sebaliknya menuju ke Sungai Petani untuk tidur di rumah abangnya.

Baca juga: Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang

Berikut kronologi kejadian yang terjadi gara-gara mengikuti aplikasi pandu arah itu:

1-Pemuda berkenaan yang menunggang motosikal menggunakan Waze sebagai penunjuk arah.

2-Bagaimanapun, beliau tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan kira-kira pada jam 1 pagi.

3-Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian setelah dihubungi mangsa kira-kira jam 7 pagi.

4-Menurutnya, berpandukan arah penduduk kampung, pihaknya cuba menjejaki mangsa yang tersesat.

5-Difahamkan pemuda berkenaan telah berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.

Baca juga: Remaja huffaz al-Quran hilang 96 jam minum air parit, ditemui selepas azan, ini kronologinya

6-Berjam-jam melalui jalan yang sama, pada jam 7 pagi lelaki berkenaan cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba.

7-Menurut Zulkhairi, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

8-Beliau ditemui jauh ke dalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis akibat panik dan kebingungan.

9-Pihaknya terpaksa mententeramkan pemuda berkenaan dan memberi rawatan awal sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur.

10-Kes berkenaan dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

11-Penduduk sekitar kawasan berkenaan berkata, insiden tersesat di kawasan kampung kerap berlaku terutama pada waktu malam.

12-Ia susulan kedudukan lokasi yang dikelilingi kebun getah.

13-Seorang penduduk memberitahu, mangsa sepatutnya menggunakan laluan biasa Jalan Persekutuan Alor Setar-Butterworth untuk ke Sungai Petani dan bukannya jalan pintas atau lalu kebun dan ladang sawit.

14-Jarak perjalanan dari Sungai Lalang ke Sungai Petani melalui Jalan Persekutuan hanya mengambil masa 10 minit sahaja atau lebih cepat jika tiada kesesakan. Manakala jalan pintas pula akan melalui Ambangan Heights dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

15-Warga emas, Mansor Awang, tidak menolak kemungkinan 'orang tumpang' sehingga menyebabkan mangsa tersesat jauh ke dalam hutan.

PANDUAN PENGGUNAAN WAZE

Waze kini tampil dengan kemaskini Moods yang comel giler!

Waze memang menjadi aplikasi yang digemari pengguna jalan raya bagi memudahkan perjalanan.

Pun begitu, adakalanya ia membawa pengguna ke laluan sukar, jalan yang berbelit dan semak samun.

Malah ia juga punca sesetengah pengguna sesat!

Bagaimanapun 'laluan merepek' boleh dibendung , dengan mengikuti tip berikut yang dikongsikan Aida Joseph menerusi Facebook:

a) Buka aplikasi waze dan pilih setting.

b) Klik pada pilihan yang yang dikehendaki seperti suara dan paparan visual.

c) 'On' butang elak jalan sungai, jalan berbelit dan sebagainya.

d) Akhir sekali pilih "Don't allow'.

Sumber: Sinar Harian, Aida Joseph

Sumber: Sinar Harian (wartawan Siti Zubaidah Zakaraya), Aida Joseph

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca