Wow, Putrajaya berwarna biru untuk 4 hari sahaja, boleh datang tengok sendiri

No Image Caption
A
A
A

SEMPENA sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya akan mengadakan kempen LightUpBlue@Putrajaya.

Bangunan-bangunan ikonik dan persekitaran di seluruh Putrajaya bakal dilimpahi warna biru bermula semalam sehingga 15 November pada jam 7.00 malam.

Ia bagi menarik perhatian orang ramai terhadap kepentingan menjalani saringan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat selain mengenali penyakit diabetes.

Perlu diketahui, seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes, demikian menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun lalu.

Pada masa sama, ia juga sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat dan petugas kesihatan barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan penjagaan pesakit diabetes diteruskan walaupun pada masa yang sukar ini.

Jadi, buat orang ramai yang tinggal berdekata dengan lokasi bolehlah merakam gambar kenang-kenangan anda di sana.

Apa-apapun jangan lupa, patuhilah SOP yang telah ditetapkan dan sentiasalah memakai pelitup muka selain menjaga penjarakkan fizikal bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada tahun 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca