YouTuber berumur 9 tahun terima bayaran tertinggi di dunia, cuma hasilkan video ‘unboxing’
BARU berusia 9 tahun tetapi sudah mampu meraih kekayaan dan pendapatan lumayan mencecah jutaan ringgit sedangkan rakan seusianya masih leka bermain menghabiskan zaman kanak-kanak.
Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ryan Kaji berasal dari Texas, Amerika Syarikat yang dilaporkan telah berjaya memperoleh pendapatan AS$29.5 juta bersamaan RM119 juta hanya melalui YouTube.
Kedengaran agak mustahil tetapi Ryan telah membuktikannya yang mana dia kini mampu menjana pendapatan tujuh angka sebulan.
Ryan juga turut tersenarai dalam senarai bintang yang memiliki pendapatan tertinggi dalam aplikasi YouTube untuk tahun 2020 seperti disiarkan oleh media Forbes.
Ryan juga berjaya mengumpul sekitar 41.7 juta pengikut dalam saluran YouTube miliknya yang bernama 'Ryan's World'.
Melalui saluran Ryan's World, dia terkenal dengan video-video 'unboxing' barangan yang baru dibelinya.
Ryan akan memuat naik video dia mengeluarkan mainan dari bungkusan dan membuat review berkenaan barangan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=Tldlt2RhrDw
Saluran YouTube milik Ryan juga telah berjaya memperoleh 12.2 bilion tontonan dan saluran berkenaan cukup terkenal bagi mereka yang ingin menyaksikan pelbagai jenis video mainan dan permainan, proses 'unboxing'.
Wow! Hebat bukan? Kini saluran YouTube Ryan's World dianggap sebagai ‘lubuk rezeki’ kepada kanak-kanak jutawan tersebut.
Sementara itu, menurut Hindustan Times, ini bukan kali pertama Ryan mendahului senarai bintang dengan bayaran tertinggi YouTube.
Sebelum ini Ryan yang mula membuat video sekitar tahun 2015 juga telah dilaporkan mendahului senarai berkenaan dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.
Salah satu video Ryan yang paling banyak ditonton adalah seperti "Huge Eggs Surprise Toy Challenge".
SinarPlus juga percaya bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti saluran tersebut menjadi kegemaran untuk ditonton oleh si kecil di rumah.
Lebih menarik, video itu juga telah mencatatkan sejarah apabila menjadi antara 60 video teratas yang paling banyak ditonton sehingga melebihi daripada 2 bilion kali jumlah tontonan.
Disebabkan oleh kejayaan tersebut Ryan juga dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk rancangan bersiri di Nickelodeon TV yang dianggarkan bayarannya bernilai jutaan dolar. Wow! Hebat bukan?
https://www.youtube.com/watch?v=DVzcLNzGzJw&feature=emb_title
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang