BETAPA pilunya hati seorang ibu apabila melihat anak-anak yang masih kecil dijangkiti positif Covid-19.

Inilah dialami pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang sedang berdukacita dan sedih apabila hampir satu keluarganya disahkan positif koronovirus.

Selain suami, Datuk Norazam Sulaiman, enam anaknya Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana, 2, serta tiga pembantu rumah Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah juga positif virus itu.

Pun begitu, Rebecca bersyukur kerana dirinya bersama dua lagi anak, Nor Ariff Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee negatif.

“Dengan itu saya tersangatlah sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita.

“Tapi apa pun saya bersyukur diri saya sendiri bersama dua anak lagi negatif,” coretnya.

10 ahli keluarga Rebecca positif Covid-19, termasuk suami dan 6 anak

Ini termasuklah tukang kebun dan tiga lagi pembantu rumah yang bernasib baik tidak dijangkiti wabak tersebut.

Iklan

Sehubungan itu, selebriti tersebut memohon doa orang ramai agar dikurniakan kesembuhan buat mereka sekeluarga.

Baca juga Cengkung, pucat muka Nia Ramadhani, akui 5 bulan hisap syabu tekanan kerja

Iklan

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini, tolong doakan untuk kami sekaluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk daripada lain. Saya tahu suami saya kuat, Insya-ALLAH,” ujarnya.

Selain itu, Rebecca juga memohon kontak rapat untuk segera melakukan ujian saringan bagi mengesan jangkitan Covid-19.

“Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang ini saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya,” mohonnya.