15 tahun 'menyepikan' diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

Copy of Copy of gambar portal (81)
Copy of Copy of gambar portal (81)
A
A
A

SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.”

Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim ketika ditemui di Sinar Plus baru-baru ini bagi menjelaskan orang ramai yang tertanya-tanya keberadaannya dilihat sepi sejak 15 tahun lalu.

Wanita berusia 46 tahun itu berkata, tiada kemunculan di kaca televisyen membuatkan ramai beranggapan beliau tidak lagi aktif tambahan setelah mendirikan rumah tangga dan melahirkan cahaya mata, berkemungkinan empunya diri mahu lebih memberi tumpuan kepada keluarga.

Baca juga:Usia 46 tahun, Sarimah Ibrahim kini bintang bertaraf antarabangsa, bernaung di bawah agensi di London

Jelas Sarimah, dirinya masih ‘wujud’ dalam dunia seni namun pada penghujung 2010 dan 2012, cuma ketika itu memilih untuk menerima tawaran sebagai penyampai radio berbahasa Inggeris.

“Red FM panggil saya jadi berhijrah ke industri bahasa Inggeris. Tak boleh nak menolak tawaran itu kerana masih bujang, nak menyimpan dan memasang hasrat membeli rumah.

“Kontrak tersebut berakhir 2012, dapat pula tawaran dengan Mix FM bagi tempoh 2 tahun. Peminat filem bertanya ke mana saya hilang… Tak dengar radio bahasa Inggeris…dan ada juga menjadi hos dalam majlis korporat cuma tak muncul dalam industri kita.

“Saya memerhati dari jauh kerana zaman itu tiada lagi visual untuk radio. Mereka (orang ramai) tak dengar suara, tak nampak kita, anggap saya hilang,” katanya sambil tersenyum.

Baca juga:Pengalaman alami tekanan cetus keinginan Sarimah Ibrahim bantu pesakit mental

Tambahnya, semangat berlakon kembali membara apabila menjadi hos pada Festival filem Malaysia ketika melihat rakan-rakan artis meraih anugerah.

“Kebetulan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) memanggil saya menjadi penyampai bersama Beto kusyairy dan Erma Fatima. Dah lama tak jumpa Erma, dah 15 tahun. Kali terakhir filem ‘Janji Diana’.

“Naik pentas dengan dia, dalam bersembang tiba-tiba tercetus idea ‘Lupakanlah perempuan itu’... perempuan ini kan ada. Dia terus dapat ‘wahyu’. ‘Saya nak awak berlakon’, dua bukan kemudian, ini untuk awak, saya nak awak bawa watak Qaidah menerusi drama ‘Lelaki Itu’,” ujarnya.

Kata Sarimah, ketika diberikan amanat tersebut, beliau terkejut kerana sudah 15 tahun ‘berehat’ namun Erma mempercayainya bagi melakonkan watak utama bersama Datuk Adi Putra.

“Boleh ke buat ini. Saya cuba membawakan perbezaan.

“Stail yang tidak bergantung kepada perkataan daripada skrip sahaja sebaliknya merasai perasaan sebenar apa yang kita lalui,” ulasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca