PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim melangkah setapak ke hadapan dengan bernaung di bawah agensi lakonan Fiona Cross yang berpangkalan di London.

Pelakon kacukan Melayu-Irish itu berkongsi berita berkenaan menerusi laman sosial X.

Lebih manis lagi, khabar gembira ini dikongsi sempena ulang tahun kelahiran ke-46 beliau pada 19 Februari lalu.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Saya kini diwakili di peringkat antarabangsa oleh agensi yang berpangkalan di London @FionaCrossUK.

“Saya tidak sabar untuk menantikan apa yang bakal berlaku seterusnya sebagai seorang pelakon.

“Saya bersyukur dan gembira untuk bersama dengan Fiona Cross Management, pasukan profesional yang prihatin dan melihat apa yang akan mereka bawa pada masa depan!”kongsinya.

Baca juga: Nama tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’, Sarimah Ibrahim syukur rezeki kekal dalam industri

Baca juga: Simpan cita-cita mahu menjadi pakar psikologi, Che Puan Sarimah ligat perjuangkan isu kesihatan mental

Che Puan Sarimah Ibrahim

Menerima ucapan tahniah selepas ‘disunting’ agensi pengurusan bakat yang terlibat dalam industri komersial, teater, filem dan televisyen antarabangsa, Sarimah berkata buat masa ini beliau akan terus berada di negara ini dan hanya akan ke lokasi lain mengikut keperluan.

“Terima kasih atas ucapan tahniah, saya masih berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan terbang keluar untuk sebarang tugasan peringkat antarabangsa.

“Semua kerja-kerja di Malaysia adalah untuk kekal melalui pasukan Malaysia dan e-mel saya,” kongsinya.

Baca juga: Pengalaman alami tekanan cetus keinginan Sarimah Ibrahim bantu pesakit mental

Iklan

Baca juga: Sarimah kongsi upacara Jejak Tanah puteri sulung

Sarimah adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beauty with brain,aktres, pengacara penyanyi dan model itu memiliki Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts, Singapura dan Bachelor Degree of Psychology dari HELP University Malaysia.

Fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan Perancis, anak sulung dari empat adik beradik itu bermula sebagai pengacara di saluran televisyen The Disney Channel pada tahun 1997.

Untuk rekod, Sarimah berkahwin dengan Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar, cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 pada 2 April 2015. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia empat tahun.

Iklan

Sumber: X Sarimah Ibrahim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!