PERKAHWINAN pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan banyak pihak. Ramai tidak menjangka hubungan baik kedua-dua sahabat itu membawa ke jenjang pelamin.

Baca juga: Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan Nad Zainal

Nad atau nama sebenar Farah Nadia dilihat memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H.

Pereka fesyen Seth & Luna berkongsi di laman Instagram bahawa Nad dan Ungku Ismail sudah sah menjadi pasangan suami isteri.

Menerusi hantaran di Instagram, Seth & Luna yang mempunyai hubungan baik dengan Nad selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar iaitu pernikahan aktres itu.

Baca juga: “Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa update lagi tentang keadaan Nad Zainal,” – Ungku Ismail

“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” titipnya.

Terdahulu, pada 17 Januari 2023 Nad berkongsi satu hantaran di Instagram menyatakan mereka bersama akan berdua selamanya.

“Kita akan stay together forever and ever, I love you…”

Baca juga: Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan Nad Zainal

 

 

 

 

Iklan

 

Warganet menitipkan doa agar pasangan serasi ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

– “Tahniah Nanad dan Ungku. Gembiranya..you guys deserve the best.”

– “tahniah Nanad. Selepas ribut muncul pelangi, berkekalan ke syurga hendaknya, aminn .”

– “Sangat sepadan, barakallah.”

– “Semoga berkekalan sampai jannah..”

– “Tahniah, bagai pinang dibelah dua. Masya-ALLAH tabarakallah. Barakallah Nad dan Ismail.”

Iklan

Nad terdahulu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan mengesahkan telah bercerai pada September 2022.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.

Ketika Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru November lalu, Ungku Ismail menjadi orang paling rapat berkongsi mengenai perkembangan aktres itu.

Tidak sekadar itu, Ungku melancarkan tabung kecemasan untuk mengumpul sumbangan bagi menampung kos rawatan Nad.

Baca juga: Tampil berhijab, Nad Zainal curi perhatian ramai

Sumber: Instagram Nad Zainal, Seth & Luna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.