18 Puasa Di Kampong Pisang raih RM1 juta

18 Puasa Di Kampong Pisang
18 Puasa Di Kampong Pisang
A
A
A

FILEM  arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM1 juta hanya dalam tempoh tiga hari pertama ditayangkan di platfrom Astro First (saluran 480) bermula 15 April lalu.

Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri turut tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’.

Naskhah 18 Puasa Di Kampong Pisang merupakan gabungan daripada dua masterpiece Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

“Alhamdulillah filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

“Saya harap ia bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mengingatkan sesama kita tentang kesan baik dan buruk daripada kelakuan kita,” ujar Mamat Khalid.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya yakin ramai yang menantikan kehadiran filem tersebut.

“Apabila watak Barkoba tular di media sosial, ia membuktikan karakter tersebut sangat kuat dan sinonim dengan penonton ketika bulan Ramadan.

“Di media sosial juga menyaksikan rata-rata penonton serta pengkritik filem bebas berkongsi respon positif mengenai filem ini.

“Kami berharap kejayaan ini akan menjadi permulaan baik untuk filem ini terus mendapat sokongan daripada penonton di luar sana,” katanya.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan tentang tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca