30 hari menjadi suami, ayah, Caprice coret hidup bertukar 360 darjah

02
02
A
A
A

"30 hari pertama menjadi suami dan ayah... wow di mana saya harus bermula. Kehidupan saya berubah 360 sejak berkahwin dan tiba-tiba menjadi seorang ayah."

Begitulah coretan penyanyi rap popular, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, di Instagram miliknya semalam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Cerita penyanyi lagu Baby Sayang itu, kehidupannya kini lebih bermakna dengan adanya isteri serta anak.

"Tiap Jumaat selepas kerja tak sangka kita boleh teruja masuk ke kedai buku dan permainan untuk kanak-kanak. Hanya untuk pulang ke rumah bagi mengejutkan @aleesya_sofeaaaaaa dengan mainan baru atau buku.

"Untuk melihat dia teruja apabila saya pulang sangat tidak ternilai dan selepas seharian bekerja dan stres, dia telah menjadi panadol baru saya, xanax, secawan teh. Membuat saya melupakan semua tekanan di dunia.

"Sebelum ni kita kejar dunia; money, toys, cars, money, projects, more money dan ia sentiasa merasakan seperti tidak pernah cukup. Seperti saya mahu lebih. Tak pernah cukup.

"Tetapi selepas mempunyai isteri dan anak, saya pulang setiap hari menghargai perkara yang lebih kecil seperti makan malam bersama keluarga, pergi ke taman, membaca buku dan bermain dengan mainan. Semuanya cukup. Alhamdulillah.

"Tidak pernah terfikir perlu seorang isteri dan seorang anak untuk menyejukkan hati saya," coretnya.

Dalam pada itu, penyanyi rap sensasi tersebut turut mengakui tanggungjawab seorang ayah amat berat.

Baca juga “4-0 keputusan sekarang…” – Almy Nadia selamat bersalin

"The tanggungjawab and pressure is real... bagaimana saya nak memastikan dia mendapat pendidikan terbaik untuk dunia dan akhirat? kehidupan terbaik? mainan terbaik? Dan menjadi contoh yang baik supaya dia tidak melakukan kesilapan yang sama seperti daddy dan ibu," ujarnya.

Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra Inalis yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca