BAHANG Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mula dirasai dengan pengumuman senarai 30 lagu yang bakal berentap di pentas Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

30 lagu tersebut juga bersaing untuk merebut 12 tempat bagi melayakkan diriberaksi di AJL35. Melihat kepada senarai lagu yang bertanding, SFMM35 bakal tampil dengan saingan cukup sengit bukan sahaja daripada persembahan solo tetapi juga menerusi karya duet yang kali ini turut mendominasi senarai.

Faizal Tahir mendahului persaingan apabila lima buah lagu ciptaannya iaitu Sebentar (Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo), I Want You To Love Me (Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan & Alif Satar), Panggung (Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Karim Karam & Romeo), Kau Sakiti (Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo) dan X Missing You (Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Ja’a, Tuju & Yonnyboii) berjaya ke SFMM35.

Sementara Hael Husaini dengan empat buah lagu iaitu Hati, Canggung, Belenggu Rindu (Hael Husaini & Ezra Kong) dan Peluang Kedua (Hael Husaini & MFMF).

Lagu lain yang turut ke SFMM35 ialah Sembah ciptaan Naim Daniel, Kelabu (Yonnyboii), Adakah Engkau Menungguku (Naim Daniel & Adib Hamdi), Takkan Merubah (Farouk Roman), Khayal (Hang Nadim, Bunga Cantik & Ziin), Gundah (Ernie Zakri & Sharon Paul), Curang (Syamel & Aepul Roza), Sakit (Yonnyboii & Zynakal), Gila (Noki, Loca B & Ezra Kong), Tentang Rahsia (Farouk Roman) dan Bicara Rasa (Rusy Kasmaran & Sang Hitam).

Diikuti Takdir Tercipta (Ikhwan Fatanna & Ayden Ali), 7 Nasihat (Kmy Kmo & Luca Sickta), Hutang (Zai Hamzah), Aku Bidadari Syurgamu (Ippo Hafiz)), Hello (Ismail Izzani, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga), EH (Navigator & Zizi Kirana), Semalam (Aina Abdul), Takkan Terlerai (Sharon Paul, Ernie Zakri & Syamel), Jangan Khianati Aku (Dark) dan Aku Kau dan Muzik (Hang Nadim, Bunga & Freddy).

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 20, 21 dan 22 November depan.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), SFMM35 yang dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad itu akan bersiaran tanpa penonton.

Iklan

SFMM35 bakal berlangsung Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam, di TV3. Ia juga boleh ditonton di www.tonton.com.my

 

Senarai penuh lagu dan persembahan SFMM35

Jumaat, 20 November 2020

Iklan
  1. Sembah – Naim Daniel
  2. Canggung – Wany Hasrita
  3. Kelabu – Yonnyboii & Azlan Typewritter
  4. Sebentar – Dayang Nurfaizah
  5. Adakah Engkau Menungguku – Naim Daniel ft Tuju
  6. I Want You To Love Me – Alif Satar
  7. Takkan Merubah – Sufian Suhaimi & Amira Othman
  8. Khayal – Stacy
  9. Gundah – Ernie Zakri
  10. Curang – Syamel
  11. Hati – Hael Husaini

Sabtu, 21 November 2020

  1. Sakit – Zynakal ft Yonnyboii
  2. Peluang Kedua – Nabila Razali
  3. Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B
  4. Panggung – Apex Tajuddin
  5. Kau Sakiti – Amir Masdi
  6. Tentang Rahsia – Judika & Shila Amzah
  7. Bicara Rasa – Ariff Bahran & Sarah Suhairi
  8. Takdir Tercipta – Hafiz Suip & Adira
  9. 7 Nasihat – Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
  10. Hutang – Floor 88
  11. Aku Bidadari Syurgamu – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ahad, 22 November 2020

  1. Hello – Ismail Izzani & Andi Bernadee
  2. EH – Zizi Kirana
  3. Semalam – Aina Abdul
  4. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
  5. X Missing You – Dayang Nurfaizah, Tuju & Yonnyboii
  6. Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel
  7. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewritter
  8. Aku, Kau dan Muzik – Stacy & Akim Ahmad