SPEKULASI dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36 bakal terjawab pada Sabtu ini selepas selesai pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36.

Sebanyak 30 buah lagu akan bersaing pada peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 31 Disember 2021 (hari ini) dan episod dua pada 1 Januari 2022 (Sabtu) dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, separuh akhir pertama bakal menyaksikan 18 buah lagu bertanding, manakala episod kedua akan mempertandingkan 12 buah lagu. Kesemua lagu itu akan dinilai oleh barisan juri profesional.

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka (Lagu Pilihan Penonton) dalam kedua-dua episod separuh akhir itu dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Lagu Pilihan Penonton akan diumumkan pada 1 Januari 2022.

Tidak ketinggalan nantikan persembahan istimewa daripada penyanyi-penyanyi undangan seperti Estranged, Muss, Drama Band, Margaswata, Zynakal, Asyraf Nasir, Lia Aziz dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo.

Iklan

Muzik Muzik merupakan program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bertanding di pusingan separuh akhir.

Separuh Akhir Episod 1 (31 Disember 2021)

Iklan
  1. Cinta Jangan Pergi – Azzam Sham
  2. Coretan Pilu – Datuk Awie
  3. Lenyap – Usop
  4. Mimpi – Haqiem Rusli
  5. Purnama -Naim Daniel
  6. Salahku – Yonnyboii
  7. Sepi – Aina Abdul
  8. Tetap Aku Cinta – Ara Johari
  9. Cinta – Marsha Milan
  10. Durja – Khai Bahar
  11. Karma – Kaka Azraff & Jaz Hayat
  12. Goodbye Hello – Syamel & Ernie Zakri
  13. Boneka – Ernie Zakri
  14. Bagaimana – Muna Shahirah & Zack Zakwa
  15. Lautan Asmara – Kugiran Masdo
  16. Adlina Marie – Haqiem Rusli
  17. Intab Payung – Noraniza Idris & Bunga
  18. Angkara – Siti Nordiana

Separuh Akhir Episod 2 (1 Januari 2022)

  1. Bujang – Hael Husaini
  2. Chikadun – Floor 88
  3. Penat – Andi Bernadee
  4. Rindu Separuh Nyawa – Naqiu & Vanessa
  5. Cinta Khayalan – Wany Hasrita
  6. Tanpa Rela – Misha Omar
  7. Aewo – Shiha Zikir ft Noki
  8. Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul
  9. Necara – Kmy Kmo, Luca Sikta & Datuk Jamal Abdillah
  10. Teman – Iman Troye
  11. Lara – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
  12. Pelukan Angkasa – SOG x Shila Amzah