Mata alami luka & bengkak, ramai doakan Fasha Sandha

KELMARIN pelakon cantik, Fasha Sandha berdepan detik cemas apabila terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru akibat mengalami kecederaan pada mata kiri.

Kecederaan tersebut berlaku ketika Fasha yang juga isteri kepada Aidil Aziz itu menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan, pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Fasha, insiden tersebut berlaku ketika pelakon itu terjatuh sebelum mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam.

Dalam perkembangan terbaru, aktress 39 tahun itu kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital pakar di Kuala Lumpur.

Baca juga Mata, kepala terhentak di bucu katil, Fasha Sandha cedera ketika jayakan babak bersama Azhan Rani

“Dari pakar JB pindah ke pakar KL. Syafakillah, ALLAH tak uji tanpa kemampuan,” kongsi Instagram @wlfs_fc.

Menjengah ruangan komen, rakan artis dan peminat menitipkan ribuan doa buat Fasha.

Ujar mereka:

“Perjalanan yang lama maybe buat dia makin bengkak tu… kuatkan semangatmu yang. Cinta hatimu semua ada di KL menunggu.”

“Kesiannya… semoga Fasha segera sembuh. Benda dah jadi… tapi ia menambahkan respect saya pada Fasha. Dia memang hebat.”

Iklan

“Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan Fasha.”

“Ya ALLAH! Semoga di beri kesembuhan segera. Semoga ALLAH ganti waktu kesukaran ini dengan rahmat dan cinta kasihnya.”

“Semoga ALLAH angkat segala sakit ini buat Fasha.”

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia tampil memberi pesanan kepada penggiat seni untuk mencarum Perkeso.

Baca juga “Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini.” – Azhan Rani doa Fasha segera sembuh

Iklan

“Oh jangan lupa mencarum Perkeso untuk penggiat seni melalui seniman sebagai ejen korporat untuk industri seni Malaysia,” tulisnya di Ig.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.