PENYAMPAI radio Hot FM, Deen, mengesahkan ibu bapa dan empat lagi anggota keluarganya di Miri, Sarawak positif Covid-19.

Menurut Deen atau nama penuhnya Nordin Madian, 33, adik perempuannya didapati positif Covid-19 pada Khamis lalu menyebabkan anggota keluarga lain termasuk ibu dan bapanya yang tinggal serumah perlu menjalani ujian calitan pada Sabtu sebelum turut didapati positif.

“Semalam (Isnin) saya dapat berita yang amat-amat mengejutkan dan menyedihkan.

“Khamis lalu, adik perempuan positif Covid-19. Jadi satu rumah pergi buat ujian calitan pada Sabtu.

“Mak, ayah, adik bongsu lelaki, kakak dan anak buah saya turut disahkan positif,” ujar Deen menerusi satu perkongsian di Intagram miliknya pada Selasa.

Bagiamanapun, Deen meluahkan rasa syukurnya apabila kedua ibu bapanya itu tidak mempunyai sebarang gejala dan dipindahkan ke pusat kuarantin.

“Paling saya risaukan adalah mak dan ayah saya kerena mereka sudah berusia. Alhamdulillah mereka tidak mengalami sebarang gejala dan kini sedang menjalani kurantin.

“Saya harap anda semua dapat mendoakan agar mereka cepat-cepat sembuh daripada Covid-19.

Iklan

“Semoga kita semua sentiasa jaga diri dan sentiasa pastikan kita mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Beberapa hari lalu Sarawak dilaporkan telah mencatat kes baharu Covid-19 tertinggi dalam negara untuk tempoh 24 jam. Pada Selasa, peningkatan kes harian negeri itu sekali lagi berada di tangga teratas dengan mencatat 600 kes.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Deen Hot FM)