SELAMA enam tahun melayari alam rumah tangga, pasangan Bollywood popular, Ranveer Singh dan Deepika Padukone akhirnya mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung September ini.

Berita gembira itu dikongsikan mereka pada 29 Februari lalu menerusi hantaran foto di Instagram memaparkan pakaian dan kasut bayi.

Menurut sumber, Deepika kini berada dalam trimester kedua.

Sebelum itu, spekulasi mengenai kehamilan aktres berusia 39 tahun tersebut menjadi hangat ketika penampilannya di majlis British Academy Film Awards (BAFTA) Ke-77, di London.

Baca juga:Sudah tiba masa menyumbang kepada agama & negara, Tyzo sertai IKIMfm

Ia berikutan tindakan Deepika pada waktu itu yang menggayakan persalinan tradisional India iaitu sari rona keemasan, dilihat mempunyai fizikal yang nampak sedikit berbeza.

Selepas pengumuman tersebut dibuat, posting di media sosial Deepika dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan selebriti seperti Madhuri Dixit, Kareena Kapoor, Bipasha Basu dan ramai lagi.

Baca juga:Perkongsian rumah kebun Shiera Ijoy, lengkap dengan jakuzi tepi sungai buat ramai kagum. ‘Cantik & minimalis.’

“Junior Deepika on the way,” kata thevoguishaffair.

Pelakon, Kriti Sanon pulak menulis: “Omg!!!! Tahniah awak berdua!!!”

Iklan

“Berita baik, gembira untuk awak berdua,” kata Amrita Rao.

Baca juga:Luar biasa! Enam kanak-kanak pekak berjaya pulih selepas disuntik OTOF

“Saya menangis, Deepika idola saya. Ini perkara paling bahagia ,” kata Taneesha Paul.

Iklan

Hantaran berkenaan meraih lebih 4 juta like dan 84,619 komen di TikTok setakat hari ini.

Pasangan sama padan sama cantik itu mendirikan rumah tangga pada 14 November 2018 dan belum dikurniakan zuriat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!