Sudah tiba masa menyumbang kepada agama & negara, Tyzo sertai IKIMfm

A
A
A

TEKA-teki stesen radio pilihan deejay Tyzo Xander akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan untuk menyertai stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIMfm.

Pemilik nama Tuah Zolqarnain Idris, 48, mengumumkan untuk menyertai IKIMfm bermula 11 Mac sebagai penyampai segmen Inspirasi Pagi.

Berita gembira itu dikongsikan Tyzo menerusi laman sosial Instagram miliknya dan IKIMfm.

"Salam IKIM FM, Tyzo X Xander menuju jalan reda," titipnya.

Baca juga: Kontrak bersama Suria FM tamat, Hot FM minta pandangan ramai ingin sunting Tyzo Xander

Baca juga: ‘Adakah kerana minta kenaikan, kontrak saya ditamatkan?’

Pemenang Penyampai Radio Terbaik, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menyatakan sudah cukup bersedia untuk tampil sebagai penyampai di IKIMfm dengan membawakan sisi yang berbeza yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini ketika beliau bertugas di stesen-stesen radio lain.

“Walaupun IKIMfm mengetengahkan genre sedikit berbeza daripada stesen-stesen radio yang pernah saya bertugas sebelum ini, namun pengalaman 21 tahun di dalam dunia penyiaran radio ini memberi keyakinan kepada saya untuk berikan yang terbaik kepada pendengar,” katanya.

Tyzo percaya setiap apa yang pernah berlaku menjadikan beliau sebagai penyampai radio yang matang. Malah ia menjadikan bapa kepada seorang cahaya mata itu memandang ke hadapan dalam kerjaya dan perjalanan hidup.

Baca juga: ‘Kalaulah bakatku dihargai dulu....’ Nama kena petik gara-gara isu gaji penyampai radio tinggi, ini reaksi Linda Onn

“Saya berharap peluang saya berada di stesen berkenaan akan menaikkan martabat IKIMfm bukan sekadar stesen radio umat Islam tetapi rujukan utama semua lapisan pendengar di Malaysia.

"Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kelebihan bakat dan kemahiran yang saya ada untuk agama dan negara,” katanya.

Khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang di stesen radio SinarFM berakhir pada Januari selepas keputusan syarikat merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik.

Sumber: TVIkim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca