9 tahun tunggu zuriat, orang tak tahu struggle, Siti Elizad syukur keluarga tak pernah tanya pasal anak

LEBIH sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad kembali tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan demi mendapatkan zuriat.

Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39, berkata, tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.

“Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

“Jika diikutkan, tahun depan usia perkahwinan sudah hendak memasuki usia 10 tahun tetapi orang tidak tahu saya sudah pergi berubat, mungkin belum ada rezeki,” katanya sebak menerusi sebuah radio baru-baru ini.

Baca juga Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Kredit foto: Instagram elizadsharifuddin

 

Bagaimanapun Elizad turut bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang tidak pernah memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.

“Paling saya kagum ialah keluarga mentua dan bapa sendiri tidak pernah bertanya mengenai zuriat.

“Mereka tak pernah tanya bila saya nak memiliki zuriat sendiri sedangkan adik-beradik yang lain dikurniakan anak yang ramai tetapi saya seorang belum ada,” kongsinya.

Baca juga ‘Ya, tahu, belum sempurna,’ – Elizad Sharifuddin tampil berhijab

Iklan

Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata namun belum dikurniakan rezeki sehingga kini.

Elizad dan Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!