‘Ya, tahu, belum sempurna,’ – Elizad Sharifuddin tampil berhijab

A
A
A

PELAKON, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin turut mengambil keberkatan Awal Muharram Selasa lalu untuk tampil berhijab.

Elizad, 37, berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.

“Perlahan-lahan tetapi pasti,” tulisnya ringkas pada kasyen, namun ruangan komen yang dibuka pada awalnya telah ditutup tidak lama kemudian.

Difahamkan Elizad bertindak menutup ruangan komen bagi mengelakkan netizen terus berbalah kerana penampilannya yang belum sempurna.

“Elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqamah.

“Yang netizen ni, ada je tak kena. Ya, tahu, belum sempurna. Jadi terima di atas komen-komen yang serba-serbi tak kena.

“Sajalah nak pesan, jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain,” luahnya.

Elizad sudah mula perlahan-lahan berubah sejak Selasa lalu.

Tambah penyampai radio Sinar FM itu, walaupun sudah tampil berhijab, dia masih lagi seperti dahulu yang suka menunggang motosikal.

“Masih seperti dulu, bawa motor, positif, suka bercakap dan suka nak berkawan.

“Terima kasih juga buat semua yang komen dengan ucapan, doa dan kata-kata yang baik,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca