Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. 'Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura'

A
A
A

SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.”

Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan senegaranya iaitu Alif Aziz yang terpalit isu panas baru-baru ini.

Pelakon kelahiran Singapura itu enggan mengulas atau mencampuri hal berkenaan.

Namun, beliau sering kali menasihati mana-mana pelakon Singapura agar menjaga hubungan baik antara dua negara.

“Sebenarnya tak nak komen banyak pasal perkara tersebut, sebelum ini dah beberapa kali jika melibatkan pelakon-pelakon Singapura, saya selalu nasihatkan jangan rosakkan jambatan antara Malaysia dan negara kita.

“Hubungan itu dah ada… Malaysia mempelawa pelakon singapura untuk berlakon di sini.

“Tetapi Singapura, tawaran berlakon dalam filem memang tiadalah. Saya cuma harapkan takkan menjejas peluang orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media filem ‘The Experts’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Aaron, tiada sebarang nasihat yang boleh diberikan jika melibatkan hati dan perasaan. Justeru, diri sendiri yang perlu bijak menanganinya.

“Harap one day boleh stop (isu ini). Nak cakap saya sokong atau bagi dia peluang, sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa.

“Dibuang ke digam daripada saluran TV, itu salah dia ,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca