Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM3 juta pada hari pertama tayangan

A
A
A

FILEM terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Abang Long Fadil 3 (ALF3) yang memulakan tayangan rasminya pada Khamis berjaya meraih kutipan RM3 juta.

Pengarah ALF3, Syafiq Yusof berkata, kutipan tersebut menyaksikan permulaan yang baik buat filem tersebut yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

“Terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton ALF3 di pawagam. Saya mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton.

"Buat yang belum menonton, saya sarankan untuk mengajak rakan-rakan atau keluarga dengan luangkan masa bersama dan menikmati komedi dan aksi yang dipersembahkan,” katanya.

Syafiq terharu sokongan padu diberikan penonton terhadap Abang Long Fadil 3.

ALF3 lakonan Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Kazar, Datuk AC Mizal, Khir Rahman, Daniellasya dan ramai lagi ditayangkan menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

Terdahulu filem komedi aksi yang paling dinantikan itu berjaya raih kutipan ‘sneak preview’ sebanyak RM1.2 juta.

Filem ini yang ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September itu menyaksikan Fadil lakonan Zizan Razak, kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi.

Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han (Johan), namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra (Datuk AC Mizal) atas dendam dahulu.

ALF3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, manakala pada 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca