Abdullah Abbas nama putera kedua Neelofa

SELAMAT melahirkan cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki pada 11 Julai lalu, pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 34 hari ini mengumumkan nama pilihan buat puteranya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa turut mencoret makna dan cerita di sebalik pilihan nama tersebut.

“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin. Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih.

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keikhlasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli Syurga yang dijanjikan Nabi SAW.

Baca juga Neelofa timang putera kedua, umum nama hari ke-7

 

“Sehingga ada hadis Nabi SAW bertanya; Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam Syurga.

“Dan Bilal menjawab:

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

“Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’” – Riwayat al-Bukhari (1149).

“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan-akan Bilal bin Rabah R.A.

Baca juga Cepat lembut, cair macam ais, Neelofa kongsi cara pujuk suami buat ramai tersenyum

Kredit foto: Instagram Neelofa

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas.

“Merujuk hadis:

‎تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai ALLAH ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

“Nama yang paling disukai ALLAH antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”

Iklan

“Manakala “Abbas” pula, Nabi SAW sendiri pernah doakannya;

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya ALLAH! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

“Dan berkat doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda ternyata sangat-sangat fakih (bijak),” coretnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar zuriatnya itu dapat menjadi Daie suatu hari nanti.

“Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih ALLAH menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Iklan

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya ALLAH sahaja yang tahu,” ujarnya.

Neelofa dan Haris bernikah 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

Tahniah Neelofa dan suami!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!