Neelofa timang putera kedua, umum nama hari ke-7

PENGACARA dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, telah selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki pada 10.45 malam, 11 Julai lalu.

Menurut perkongsian satu kenyataan di Instagram Neelofa dan suaminya, yang juga pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU (Pencetus Ummah) Riz, 27, Neelofa dan anak mereka kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillahirabbilalamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, mejadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” tulisnya.

Baca juga ‘Seronok tengok Lofa’, aksi Neelofa naik skuter ketika umrah curi perhatian

Kredit foto: Instagram Neelofa

 

Selain itu, pasangan bahagia itu juga mohon doa orang ramai agar anaknya itu membesar dengan baik.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin!

“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, insya-ALLAH,” titipnya.

Iklan

Baca juga Cepat lembut, cair macam ais, Neelofa kongsi cara pujuk suami buat ramai tersenyum

Kredit foto: Instagram Neelofa

Dalam pada itu, Haris dan Neelofa sepakat untuk menamakan anak kedua mereka itu pada hari ketujuh nanti.

Neelofa dan Haris bernikah 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

Tahniah Neelofa dan suami!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!