Achey tunai janji selesaikan kerja arwah Abam

Untitled design
Untitled design
A
A
A

PELAWAK dan pelakon, Achey telah menunaikan janjinya untuk membantu menyelesaikan kerja arwah Abam Bocey yang tergendala.

Bukan sahaja melakukan kerja tersebut secara percuma, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, tidak berkira untuk memberi khidmat tambahan kepada klien arwah Abam.

“Setakat ini sudah dua ulasan produk saya buat di Instagram membabitkan produk kurus dan produk minuman.

“Untuk produk kurus itu, saya minta kerjasama isteri saya sebab macam tak sesuai pula saya yang membuat ulasan mengenai produk tersebut. Alhamdulillah tontonan agak tinggi juga.

“Begitu juga dengan produk minuman yang dapat sambutan hangat sehingga pemilik perniagaan itu meminta saya menurunkan hantaran dari Instagram saya kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya juga tak berkira untuk beri lebih, contohnya minta untuk muat naik di Insta Story sahaja tapi saya muat naik di feed Instagram dan Insta Story juga. Apa yang penting mereka gembira.

“Apa yang saya tahu, Fad juga membuat perkara sama dan saya percaya ada lagi ulasan produk yang arwah Abam tak sempat selesaikan tapi mereka (pemilik perniagaan) tidak menghubungi kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nabil X SugarBomb X Achey di Ruang, Shah Alam.

[embed]https://www.instagram.com/p/CC-K4cIgqO6/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Tidak hanya sekadar membantu menyelesaikan kerja Abam yang tergendala, Achey berkata, dia masih lagi membantu balu arwah iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, setahun sebulan.

“Selalunya isteri saya yang akan hubungi Hidayah bertanya khabar. Bila dia memulakan perniagaan, saya bantu untuk promosikan atau sekurang-kurangnya menyertai sesi live bersama Hidayah.

“Begitu juga dengan Hamzah, saya akan bertanya apa yang kurang atau tak cukup, saya bantu untuk belikan tapi dengan persetujuan Hidayah.

“Saya juga sering menghubungi Ali untuk tertanya khabar mereka sekeluarga,” jelasnya yang mengambil pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak berikutan pertelingkahan yang berlaku antara Ali dan Hidayah sebelum ini.

Abam meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada 10 Februari lalu.

[embed]https://www.instagram.com/p/CCYlbCwjLTp/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Achey berkata, biarpun sudah lima bulan pemergiaan sahabat baiknya itu, dia masih lagi mencuri kesempatan untuk menziarahi pusara Abam sekiranya ada kelapangan.

Malah sehingga saat ini, dia dan Fad sepakat untuk meneruskan perjuangan Bocey berdua sahaja.

“Saya ada beberapa kali menziarahi pusara arwah, selalunya berseorangan sebab itu saya tak kongsi apa-apa video.

“Sehingga kini pemergian arwah meninggalkan kesan buat saya dan Fad. Tak banyak yang saya minta, cuma teruskan berdoa untuk arwah.

“Setakat ini, saya dan Fad sepakat untuk meneruskan perjuagan Bocey berdua sahaja tanpa pertambahan ahli baharu.

“Kalau tambah orang lain, ia tak akan jadi Bocey lagi,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca