KETUMBUHAN dinamakan fibroid menjadi punca isteri kepada penyanyi dan pengacara Aril Pilus mengalami pendarahan teruk selepas bersalin sehingga perlu menjalani pembedahan membuang rahim atau histerektomi.

Terdahulu, isteri Aril, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin selamat melahirkan cahaya mata kedua seberat 3.2 kilogram menerusi pembedahan.

Semalam, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus memaklumkan Puteri Edlinda selamat menjalani pembedahan.

Baca juga: Aril Pilus timang anak kedua, mohon doakan isteri lalui proses pembuangan fibroid & rahim

“Alhamdulillah, pembedahan telah selesai, kini isteri saya di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk monitor keadaan.

“Setakat ini keadaan isteri stabil walaupun kehilangan banyak darah semasa pembedahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aril berkongsi isterinya mengalami beberapa ketumbuhan fibroid yang mengganggu proses kelahiran.

“Isteri saya mempunyai tiga ketulan fibroid. Salah satu tumbuh pada bahagian rahim hingga mengganggu pengecutan rahim selepas proses bersalin.

“Pendarahan tidak berhenti dan doktor membuat keputusan untuk membuang rahim.

“Insya-ALLAH semoga semuanya berjalan lancar. Doakan supaya isteri saya sembuh secepat mungkin,” kongsi Aril.

Menerusi Insta Story, Aril menitipkan kesyukuran Puteri Edlinda telah sedar daripada ditidurkan.

“AlhamdulillaH, isteri saya sudah sedar. Aamin Ya ALLAH.”

Baca juga: Uri di bawah ketika hamil, ini komplikasi-komplikasi yang perlu ibu wajib tahu

Iklan

Aril menerusi temu ramah dengan portal hiburan tempatan memaklumkan isterinya sebelum ini pernah menjalani pembedahan berkaitan fibroid sebanyak dua kali.

Menerusi hantaran Instagram September lalu, Aril berkongsi Puteri Edlinda mengalami pendarahan serius ketika hamil.

Selain fibroid, wanita itu juga mengalami ketumbuhan cyst dan uri di bawah (placenta previa).

Aril mendirikan rumah tangga  dengan Puteri Edlinda pada 20 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang berusia lapan tahun.

Iklan

Baca juga: Senggugut teruk setiap bulan, kenali punca, cara elak wanita boleh lakukan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!