‘Dunia ini terasa seperti syurga’ – Ucapan Maryam buat Rina sempena birthday menyentuh hati, imbas detik bergelar ibu di negara asing

No Image Caption
A
A
A

PERSONALITI media sosial popular, Maryam Younarae berkongsi luahan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Nik You Rina, yang genap berusia lima tahun.

Menerusi hantaran di laman sosial, isteri kepada Ryzal Ibrahim itu berkongsi momen bermakna bersama permata hati sulung mereka, Nik You Rina, 5.

Sempena ulang tahun kelahiran Rina yang kelima, wanita kelahiran Korea Selatan itu menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangannya selain mengenang perjalanan awal ketika pertama kali bergelar ibu di negara asing.

"Rina, terima kasih banyak-banyak kerana hadir dalam hidup mommy. Selamat hari lahir!

No Image Caption

"Setiap kali kamu berkata, “Saya sangat gembira kerana mommy ialah mommy saya,” mommy terfikir bahawa mommy sebenarnya lebih bertuah kerana kamu ialah anak perempuan mommy.

"Dengan hanya kehadiran kamu dalam hidup mommy, dunia ini sudah terasa seperti syurga," kongsinya.

Dalam masa yang sama, YouTuber DurianKimchi itu turut mengenang pengalaman lima tahun lalu ketika pertama kali bergelar ibu, apatah lagi apabila perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara yang masih dirasakan asing baginya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Dan buat diri mommy lima tahun lalu, yang pertama kali bergelar ibu dan mempunyai seorang bayi di negara yang masih terasa begitu asing, kamu juga sudah melakukan yang terbaik. Kamu benar-benar berjaya," kongsinya.

Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 selepas wanita Korea Selatan itu memeluk Islam pada 1 Ramadan tahun tersebut.

Mereka sebelum ini menetap di Seoul, Korea Selatan, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada September 2020.

Pasangan YouTuber itu dikurniakan sepasang cahaya mata, iaitu Nik You Rina, 5, dan Nik You Rian, yang kini berusia setahun enam bulan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang