Aril Pilus timang anak kedua, mohon doakan isteri lalui proses pembuangan fibroid & rahim

ALHAMDULILLAH! Tahniah buat penyanyi dan pengacara, Aril Pilus dan isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Kehadiran malaikat kecil itu selepas lapan tahun menunggu pastinya memberikan seribu rahmat buat pasangan tersebut.

Pun begitu, menerusi posting di Instagram miliknya, Aril menyatakan keadaan isteri kesayangan masih belum dalam keadaan baik.

“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan ALLAH SWT, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20 pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum dalam keadaan baik.

Baca juga ‘After 8 years waiting…’, Aril Pilus terkedu & sebak isteri buat surprise hamil anak kedua

“Kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti,” ujarnya.

Tulisnya lanjut, setelah mendapat nasihat daripada doktor, Puteri Erma Edlinda dimasukkan ke bilik bedah sekali lagi.

“Setelah mendapat nasihat daripada doktor, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT (dewan bedah) untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.

“Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala… amin

Iklan

“Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu,” titipnya.

Baca juga Wanita terpaksa buang rahim akibat ketumbuhan fibroid. Berikut fakta yang perlu kaum Hawa tahu

Moga Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus kuat dan Puteri Erma Edlinda kembali sembuh seperti sedia kala.

Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!