SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula menerima vaksin, tidak ketinggalan juga golongan selebriti.

Rata-rata selebriti juga berkongsi perjalanan mereka ketika menerima dos pertama dan aksi mereka ternyata menarik perhatian ramai.

Ada yang baru diketahui takut jarum dan tidak kurang juga yang tenang sepanjang proses pemberian vaksin.

Jom kita lihat aksi beberapa selebriti ini.

Caprice takut jarum

Rapper terkenal, Caprice mengakui dia sebenarnya takutkan jarum dan menaiki kapal terbang.

Sempat berkongsi aksinya ketika menerima suntikan vaksin, Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang sabar melayan karenahnya.

“Salute kepada frontliners untuk semua perkhidmatan dan kesabaran. Kita (saya) dah memang kena banned di banyak hospital sebab kalau nak ambil darah atau cucuk IV (suntikan melalui saluran intravena / saluran darah) akan ambil masa 30 minit untuk baca Al-Fatihah, zikir dan countdown. Tetapi ini pertama kali saya diminta untuk rap.

“Anda boleh cabar kita dengan apa-apa je, kecuali jarum dan naik kapal terbang. Memang fobia…

“Terima kasih sebab jururawat tadi sangat sporting. Alhamdulillah, harap semua rakyat Malaysia dapat vaksin secepat mungkin, Insya-ALLAH,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Ara Johari tak senang duduk

Lebih kurang seperti Caprice, penyanyi Ara Johari juga mengakui takutkan jarum. Namun ketakutan itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil vaksin dos pertama di IDCC Shah Alam baru-baru ini.

“Cerita sebenar seketul Ara Johari. Sejujurnya Ara memang takutkan jarum,  sebab itu jadi mcm ini .

“Sebenarnya dia cucuk tak sakit pun, rasa macam digigit semua. Tetapi menjerit macam kena pukul.

Iklan

“Apa pun terima kasih kepada semua barisan hadapan di IDCC Shah Alam sebab baik dan sanggup melayan karenah Ara,” tulisnya.

Penyanyi yang hits dengan lagu Bunga itu turut mengingatkan mana-mana individu yang sudah menerima temu janji suntikan vaksin untuk hadir.

“Korang yang dah register dan dapat vaksin tu jangan tak datang tau, sebab rugi kalau kita tak ambik. Mana-mana yang tak daftar lagi pun kena daftar ok.

“Nasiblah Ara orang terakhir divaksin! Kalau tak,  tak tahu orang seterusnya tu nak patah balik ke apa,” selorohnya.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Khir Rahman tenang je

PELAKON dan pengarah, Khir Rahman, antara selebriti yang menerima vaksin hari ini di UiTM Puncak Alam.

Kelihatan cukup tenang ketika vaksin diberikan, pengarah Arwah Pak Mat Lif & AJK turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHIR RAHMAN AL BAQI (@kei_ramoss)