Ade Firman Hakim meninggal bukan kerana Covid-19, ini penjelasan keluarga
PELAKON, Ade Firman Hakim meninggal dunia pada Isnin, 14 September lalu di RS Tarakan, Jakarta dikebumikan dengan prosedur Covid-19.
Namun begitu, menurut laporan CNN Indonesia, keluarga mengesahkan bahawa Ade Firman Hakim meninggal dunia bukan disebabkan oleh Covid-19 kerana hasil ujian swab yang baru dikeluarkan menyatakan bahawa pelakon itu negatif.
Perkara itu dinyatakan oleh adiknya, Dai Tirta kepada portal CNNIndonesia pada Jumaat lalu.
Dai kemudian mengatakan bahawa sejak usia muda, Ade mempunyai sejarah asma sejak berumur 10 tahun. Sejak 2012, Ade juga menderita radang paru-paru. Sejarah penyakit lalu menjadi penyebab kematian.
Artikel berkaitan: Ade Firman Hakim meninggal dunia akibat Covid-19
Sementara itu, pengurus Ade Firman, Rully Lubis mengesahkan Ade Firman disahkan negatif Covid-19 berdasarkan dua ujian swab.
Katanya, kesihatan Ade Firman sudah merosot sejak demam pada 11 September lalu.
Ade Firman ada masalah di bahagian paru-paru dan dirujuk ke Hospital Besar Tarakan kerana di situ dijadikan tempat rujukan Covid-19.
Menurutnya, belum sempat ujian swab keluar, keadaan kesihatannya makin merosot dan meninggal dunia dua hari kemudian.
Allahyarham Ade Firman mula aktif dalam bidang seni pada tahun 2008 dan membintangi deretan filem seperti Soekarno: Indonesia Merdeka (2013), Guru Bangsa: Tjokroaminoto (2015), Kalam Kalam Langit (2016), Bid’ah Cinta (2017), 22 Menit (2018), Kelam (2019) dan lain-lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang