Adik-beradik Anzalna teruja jumpa Paris Hilton

KEMUNCULAN selebriti terkenal, Paris Hilton di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan meriah orang ramai.

Pelakon yang pernah membintangi filem House of Wax itu berada di situ bagi mempromosikan wangian terbaharunya, Ruby Rush.

Dalam pada itu, pelakon, Afifah Nasir turut berkongsi kegembiraan bersama adik-beradiknya yang lain apabila dapat beramah mesra dengan selebriti berusia 42 tahun itu.

Menerusi video yang dimuat naik Afifah, dia bersama Nazirah, Mia dan Diana bergambar dan bersama-sama menyanyikan lagu nyanyian Hilton berjudul Stars Are Blind.

Baca juga Lepaskan tawaran berlakon, Anzalna fokus pada keluarga

“Sisters, you’re gorgeous,” kata Hilton dalam video tersebut.

Mereka semua hadir memakai busana rona hitam di samping Hilton yang memakai ‘dress’ berwarna biru.

Paling menarik, tidak sekadar bergambar dan merakam video, adik-beradik jelita itu juga turut mendapatkan autograf daripada Hilton.

Iklan

Sebelum berkunjung ke Malaysia, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu berada di Bangkok, Thailand.

Baca juga Anzalna Nasir ajak bantu adik Luth

Wah! Seronoknya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!