ALLAHYARHAM Siti Sarah Raissudin mempunyai tempat yang istimewa di hati para peminat. Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak yang dikatakan mirip penyanyi itu.

Menerusi video yang tular di TikTok, netizen mengatakan wajah kanak-kanak berhijab itu salin tidak tumpah seperti Siti Sarah.

Bapa arwah, pelakon Raissudin Hamzah dan isteri, Siti Fatima Suberi mengambil peluang bertemu sendiri dengan kanak-kanak dikenali sebagai Adik Miza, 9, itu biarpun perlu menempuh perjalanan selama tujuh jam.

Baca juga: ‘Bila rasa rindu saya cuma mampu panggil nama’ – Coretan Raissuddin 100 hari tanpa Siti Sarah

Baca juga: Siti Sarah ‘pergi’ setelah 65 jam ditidurkan, berikut kronologi kehamilan dan jangkitan Covid-19 dilaluinya

Menerusi kemas kini laman sosial, Siti Fatima berkongsi beberapa foto kanak-kanak yang dianggap sebagai cucu itu.

“Cucu baru Atuk ni, Alhamdulillah.

“Momen yang sangat bermakna buat kami semua.

“Lepas jugak rindu. Abahlah yang paling happy sebenarnya. Terima kasih untuk rezeki ni Ya ALLAH,” titipnya.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah anak sulung Siti Sarah, Uwais Alqarni, 12, yang kelihatan gembira melihat kanak-kanak seiras bondanya di depan mata.

Shuib juga memuat naik video sedang membuat panggilan video dengan Miza bersama isterinya, Watie Hanifiah.

Hantaran di Instagram itu meraih perhatian ramai yang mana rata-rata meluahkan sebak melihat reaksi Shuib.

Baca juga: Bangun awal, bersedekah antara 5 amalan Siti Sarah, perolehi kematian dicemburui ramai

Warganet rata-rata sebak melihat pertemuan Adik Miza dengan Raissudin dan Siti Fatima atau lebih mesra disapa Mak Der.

Ujar mereka:

– “Kasih seorang ayah, sanggup menempuh perjalanan tujuh jam untuk bertemu seseorang yang seiras anaknya.

– “Mesti Uncle Raissudin terbayang momen bersama dengan arwah semasa kecil. Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah.”

– “Masya-ALLAH Adik Miza sangat seiras Siti Sarah. Terubat kerinduan seorang ayah, tiba-tiba mata masuk habuk.”

– “Adik Miza seperti Siti Sarah, Mata, hidung, gigi senyuman alahai semua sama. Rindu arwah juga.”

– “ALLAH hadirkan untuk pengubat rindu kepada arwah Sarah. Al-Fatihah bidadari.”

– “Walaupun bukan yang sama tapi bila tengok muka salin tak tumpah seiras, seronoknya. ALLAH sahaja yang tahu.”

Tidak kurang juga yang tersentuh melihat Miza yang persis adik beradik dengan Uwais.

Iklan

– “Macam kembar pula Uwais dengan Miza.”

-”Muka Uwais pun sama jer macam arwah, macam adik-beradik pula mereka ni.”

– “ALLAH Maha Penyayang, Uwais dapat jumpa orang serupa wajah arwah ibunya. Moga terubat rindu”

Terdahulu, pada Mei 2022 seorang wanita dikenali sebagai Emy dikatakan mirip Siti Sarah.

Mereka sempat bersemuka dalam pertemuan yang diatur Siti Fatima ketika sambutan hari lahir Raissudin yang ke-66.

Baca juga: Auranya sampai ke Makkah, solat jenazah ghaib di Masjidil Haram, pemergian Siti Sarah dicemburui

Baca juga: Seiras Siti Sarah, wanita ini buat Uwais toleh melihat berkali-kali

siti sarah

Allahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Ogos 2021 selepas 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Iklan

Sarah ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi, Ayash Affan yang ketika itu masih di dalam kandungan.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 2.

Baca juga: Sumbangan 15 hari sebelum meninggal, nama Siti Sarah diabadikan surau, dewan rumah anak yatim

Sumber dan foto: Instagram Suci Uwas, Raissudin Hamzah, Shuib Sepahtu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!