Adira mahu kembali aktif, anak tetap keutamaan

ADIRA
ADIRA
A
A
A

PENYANYI, Adira tidak menolak untuk kembali aktif setelah berehat seketika selepas hamil anak keempat sejak awal tahun ini.

Jelas Adira yang baharu sahaja dikurniakan cahaya mata keempat akhir September lalu, walaupun merancang berbuat demikian, anak-anak tetap menjadi keutamaan.

“Selepas memberi tumpuan kepada anak-anak, saya kira 2023 adalah masa yang sesuai untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Saya sudah ada beberapa perancangan seperti single dan sebagainya, tetapi buat masa ini biarlah rahsia dahulu.

“Walaupun akan kembali sibuk di dunia nyanyian, keutamaan saya tetap pada anak-anak. Lagipun saya ada pembantu yang boleh menguruskan anak, jadi tidaklah bimbang sangat,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Kehidupan Adira kini lengkap dengan empat orang cahaya mata.

Berkongsi perjalanannya sebagai seorang ibu dan selebriti, Adira berkata, dia tidak keberatan untuk membawa anak sekali mengikutinya bekerja andai keadaan memerlukan.

Bagaimanapun, kebanyakan tawaran kerja yang diterima membolehkan dia pulang ke rumah hari yang sama.

“Kalau show di luar Kuala Lumpur pun, biasanya saya akan naik kapal terbang dan boleh pulang hari sama. Kalau perlu, saya akan bawa sahaja sekali.

“Ketika jadi ibu buat pertama kali, saya akui memang kelam-kabut dan pening. Bila sudah masuk anak empat, saya rasa dah biasa dengan semua itu,” jelasnya yang dilantik sebagai duta produk penjagaan badan, Body Flasshh.

Rancang keluarga

Dalam pada itu, wanita berusia 31 tahun itu mengakui memilih untuk menjalani prosedur mengikat organ peranakannya sebaik melahirkan anak keempatnya, Asan.

Ujar Adira, prosedur itu telah dicadangkan oleh doktor, memandangkan dia sudah empat kali melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

“Cukuplan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. . Sudah empat kali saya bersalin secara pembedahan. Kalau saya hamil lagi, mungkin akan ada risiko kesihatan.

“Alhamdulillah saya rasa kehidupan saya kini sudah pun lengkap,” katanya.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, tiga bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca